Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

    Posted by admin di 27 Mei 2008

    Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

    Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.

    Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”

    [H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]

    Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”

    [H.R. Abu Daud-daif/lemah]

    Dari Ibnu Khattab,katanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”

    [H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]

    Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:

    “Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.

    Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:

    “Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”

    [H.R. Abu Daud-sahih]

    Kata Ibnu Abbas ra. :

    “Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”

    [H.R. Abu Daud]

    4 Respons to “Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.”

    1. malay guy said

      Perkara ini mudah sahaja … pernah tak doa kita makbul dalam keadaan kita mengusap muka selepas berdoa. Kalau pernah teruskanlah dan tawakkallah kepada Allah. Banyak diceritakan Taimiyyah mengatakan itu dan itu … soalnya betul ke Taimiyyah ada berkata sedemikian? Sahih ke (boleh jadi kata-kata daif)

      Kalau tak pernah makbul, dan pernah berdoa tanpa mengusap muka dan tiba-tiba makbul, teruskanlah juga dengan cara tidak mengusap itu. Yang ALlah tengok ialah sama ada kita doa ikhlas atau tidak, itu sahaja.

      Tak payah nak hujah-hujah … buat bergaduh sahaja.. Syaitan lagi suka kalau kita bergaduh pasal hukum – hakam – gaduh pasal hukum hakam itu juga satu bidaah. Nabi tak pernah ajar kita gaduh-gaduh kerana mempertahankan hujah masing-masing.

      Tak guna kita mengekalkan sesuatu amal atau menolak sesuatu amal tetapi sikap kita itu tidak menambahkan iman, malah menambahkan rasa bongkak pula.

      Ikut pengalaman sendiri, pernah doa saya makbul dalam keadaan saya berdoa itu mengusap muka. Dan pernah juga doa saya makbul dalam keadaan saya tak angkat tangan pun.. CUma doa dalam hati. Aleh-aleh Allah makbulkan bawa saya ke mekah free-free. Tak pula saya pernah angkat tangan. Pokok pangkalnya ialah ikhlaslah berdoa, dalam keadaan takut bimbang tertolak dan dalam keadaan terharap-harap. Dah banyak Ayat Quran ajar cara berdoa pada Allah. apa la nak pening-pening kepala.. kenapa ayik nak buat orang keliru sahaja. Itukah yang Islam suruh … make people confuse…. Wallahu a’alam

      • malay guy juga said

        Quote : Tak payah nak hujah-hujah … buat bergaduh sahaja.. Syaitan lagi suka kalau kita bergaduh pasal hukum – hakam – gaduh pasal hukum hakam itu juga satu bidaah. Nabi tak pernah ajar kita gaduh-gaduh kerana mempertahankan hujah masing-masing.

        Kalau macam itu, lantas buat apaRasulullah Shallallahu Alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa saja yang beramal tanpa ada perintah dari kami (rasulullah) maka ianya tertolak…

    2. firdaus said

      asalam..
      ne bukan soal bebalah ke ape,cuma kita perlu ikut cara nabi yg sahih tu ju mane ade org bebalah,begaduh pasal tak sapu muka lepas solat..doa makbul tak makbul bukan pasal usap muka atau tidak..Allah lebih mengetahui.

      J:
      Waalaikumussalam wbt
      Terima kasih atas maklum balas.

    3. sumaily said

      assalamualaikum w.b.t

      “sesungguhnya untuk amalkan seluruh hidup cara agama(sunnah Nabi S.A.W) bukanlah satu perkara yg mudah… “solat itu amatlah berat, kecuali orang2 yg khusyuk”… oleh itu, sama-samalah kita jalankan usaha ke atas Iman dan amal ibadat kita sebagaimana yang Allah perintahkan , cara yang ditunjukkan oleh kekasihNya, Nabi S.A.W… berazamlah untuk gunakan diri, masa dan harta kita di JalanNya.. “sepagi atau sepetang dijalanNYa lebih baik dari Dunia & segala Isinya… Mereka yang bermujahadah dijalanNya, pasti Dia akan membukakan pintu2 hidayah…. wsslm..

    Tinggalkan komen