Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Solat Terawih/tarawih/tarawikh

    Posted by admin di 31 Ogos 2008

    Solat Terawih

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar? Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

    [al-Qadar 97:1-5]

    “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

    [Shahih Muslim]

    Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa:

    Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.

    [H.R. Bukhari]

    “Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.”

    [H.R. Bukhari]

    “Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir.”

    [H.R. Muslim]

    “Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.

    [H.R. Muslim]

    “Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.”

    [H.R. Muslim]

    “Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.”

    [H.R. Ibnu Majah]

    “Membangunkan keluarga untuk turut berqiamulail.”

    [H.R. Muslim]

    Cara solat terawih untuk yang sibuk

    Muat Turun ebuku Cara solat Tarawih dan witir Nabi s.a.w.

    jom puasa ramadhan dan merdeka

    9 Respons to “Solat Terawih/tarawih/tarawikh”

    1. Selamat menunaikan ibadah puasa.

      Salam.

    2. shzacks said

      Assalamualaikum…

      Selamat menunaikan ibadah puasa & mengerjakan sembahyang sunat terawih… 🙂

    3. Solat Sunat Tarawih yang mana lafaz tarawih dalam bahasa Arab adalah bentuk jamak dari mufrad tarawihah yang bererti istirehat.Namun kini kita lihat ia dilakukan dengan keadaan tergesa-gesa seolah-olah ingin cepat selesai di mana ruku’,sujud dan tahiyyat terlalu pantas malah bacaan dilajukan.Kita bimbang bacaan fatihah yang terlalu laju akan merosakkan solat kita seandainya tidak dijaga makhraj dan tajwidnya.Wallahuallam.

    4. pro-tajdid said

      Saya bersetuju dengan anda. Kemungkinan mereka akan termasuk sabda Nabi s.a.w. iaitu sekadar berjaga malam sahaja.
      Terima kasih atas maklum balas anda.

    5. silence said

      nak tahu jugak pandangan akhi @ ukhti tentang solat tarawih berjemaah. pada zaman nabi tiada penggalakan dilakukan terhadap amalan ini. malah ia mula diasaskan pada zaman khulafa’ ar-rasyidin iaitu saidina Umar yang telah mengadakan solat berjemaah dan mengatakan”sebaik-baik bidaah adalah yang ini”

      persoalannya…
      terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan bidaah hasanah itu tiada, yang ada cuma bidaah dhalalah berdasarkan hadith tarmizi yang menyebut”…jauhilah perkara-perkara baru kerana biddah(perkara baru yang diadakan) itu semuanya sesat(dalam lafaz hadith tulis”Kullu bidaa’tan dhallalah”)dan yang sesat itu semuanya ke neraka…-hadith tarmizi

      adakah solat tarawih berjemaah itu dikira bidaah hasanah @sememangnya bidaah yang mesti kita elakkan amalannya???????

      • pro-tajdid said

        Assalamualaikum. Perbahasan ini ada dalam http://www.bidaah.tk. Memang Nabi s.a.w. buat solat terawikh berjamaah, Nabi s.a.w. tinggalkan sebab takut Allah wajibkan pula bila ramai yang buat. Maksud sebaik-baik “bidaah adalah ini”, bermaksud menghidupkan semula ibadah yang Nabi s.a.w. tinggalkan.

    6. Akak Angah said

      ini bermakna kita blh solat teraweh sendirian di rumah…..
      kerana ssh nk ditinggalkan anak2 yg masih kecil….
      atau mcm mana…..

    7. Akak Angah said

      klu blh lakukan sendirian xda masalah atau alasan lg pada para ibu untuk lakukanya……

    8. Faizul said

      Salam

    Tinggalkan komen