Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Posts Tagged ‘berdoa’

    Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

    Posted by admin di 27 Mei 2008

    Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

    Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.

    Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”

    [H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]

    Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”

    [H.R. Abu Daud-daif/lemah]

    Dari Ibnu Khattab,katanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”

    [H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]

    Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:

    “Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.

    Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:

    “Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”

    [H.R. Abu Daud-sahih]

    Kata Ibnu Abbas ra. :

    “Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”

    [H.R. Abu Daud]

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 4 Comments »