Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Posts Tagged ‘rasulullah’

    Download percuma ebuku Panduan Solat/sembahyang cara Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

    Posted by admin di 10 Jun 2009

    Download percuma ebuku Panduan Solat/sembahyang cara Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. :

    Klik di sini.

    ———————————————————ADVERTORIAL———————————————————–

    Cermin Mata Terapi mengurangkan RABUN jauh, rabun dekat, rabun silau dan sakit mata dalam masa sebulan!
    Harga: RM35 termasuk Poslaju semenanjung
    Atau
    1 dirham KGT + RM10
    Nak tahu lebih lanjut?
    Like page: http://www.facebook.com/pages/Cermin-Mata-Terapi-Pinhole-Glasses-Mengurangkan-Rabun/282619815167419
    Sila layari blog: www.cerminmataterapi.blogspot.com

    Advertisements

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , , , | 16 Comments »

    Solat Terawih/tarawih/tarawikh

    Posted by admin di 31 Ogos 2008

    Solat Terawih

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar? Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

    [al-Qadar 97:1-5]

    “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

    [Shahih Muslim]

    Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa:

    Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.

    [H.R. Bukhari]

    “Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.”

    [H.R. Bukhari]

    “Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir.”

    [H.R. Muslim]

    “Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.

    [H.R. Muslim]

    “Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.”

    [H.R. Muslim]

    “Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.”

    [H.R. Ibnu Majah]

    “Membangunkan keluarga untuk turut berqiamulail.”

    [H.R. Muslim]

    Cara solat terawih untuk yang sibuk

    Muat Turun ebuku Cara solat Tarawih dan witir Nabi s.a.w.

    jom puasa ramadhan dan merdeka

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , | 9 Comments »

    Sujud sahwi

    Posted by admin di 26 Ogos 2008

    Sujud sahwi kerana Penambahan

    “Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahwa Nabi s.a.w. solat Zohor lima rakaat, kemudian baginda ditanya, ‘Apakah solat Zohor ditambah rakaatnya?’, Baginda balik bertanya, ‘Apa itu?’ Para sahabat menjelaskan, ‘Anda solat lima rakaat.’ Kemudian baginda pun sujud dua kali setelah salam. Dalam riwayat lain disebutkan, beliau melipat kedua kakinya dan menghadap kiblat kemudian sujud dua kali, kemudian salam.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud Sahwi Karena Kekurangan

    “Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Nabi s.a.w.solat Zohor atau Asar bersama para sahabat. Baginda salam setelah solat dua rakaat, kemudian orang-orang yang bergegas keluar dari pintu masjid berkata, ‘Solat telah diqasar (dikurangi)?’ Nabi pun berdiri untuk bersandar pada sebuah kayu, sepertinya baginda marah. Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan bertanya kepadanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah anda lupa atau memang solat telah diqasar?.’ Nabi berkata, ‘Aku tidak lupa dan solat pun tidak diqasar.’ Laki-laki itu kembali berkata, ‘Kalau begitu anda memang lupa wahai Rasulullah.’ Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat, ‘Benarkah apa yang dikatakannya?’. Mereka pun mengatakan, ‘Benar.’ Maka majulah Nabi s.a.w., selanjutnya baginda solat untuk melengkapi kekurangan tadi, kemudian salam, lalu sujud dua kali, dan salam lagi.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abdullah bin Buhainah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w.solat Zohor bersama mereka, beliau langsung berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk. Para jama’ah pun tetap mengikuti beliau sampai beliau selesai menyempurnakan solat, orang-orang pun menunggu salam beliau, akan tetapi beliau malah bertakbir padahal baginda dalam keadaan duduk (tasyahhud akhir), kemudian beliau sujud dua kali sebelum salam, lalu salam.” [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud sahwi kerana ragu-ragu

    “Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang dari kamu ada yang ragu-ragu dalam solatnya, maka hendaklah lebih memilih kepada yang paling mendekati kebenaran, kemudian menyempurnakan solatnya, lalu melakukan salam, selanjutnya sujud dua kali‘.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu ragu-ragu dalam solatnya, dia tidak tahu berapa rakaat yang sudah dia lakukan, tigakah atau empat? Maka hendaknya dia meninggalkan keraguan itu dan mengambil apa yang dia yakini, kemudian dia sujud dua kali sebelum salam. Jika dia telah solat lima rakaat, maka hal itu menggenapkan pelaksanaan solatnya, dan jika dia solat sempurna empat rakaat, maka hal itu merupakan penghinaan (pengecewaan) terhadap syaitan’.” [HR. Muslim]

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , | 8 Comments »

    Masalah & Bidaah: Berzikir dengan suara keras dilarang

    Posted by admin di 13 April 2008

    Berzikir dengan suara keras dilarang

    Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.

    [Surah Al-A’raf:55 dan 205]

    Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.

    [H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]

    Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .

    [H.R. Abu Daud dan Ahmad]

    *Orang yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama makmum masbuk yang menyempurnakan solat.

    Ibnu Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak sama seperti al-Quran dan sunnah).

    -zikir dianjurkan,cuma cara mengerjakan tidak betul.

    Imam As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing meyembunyikan bacaan.(Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

    Zikir selepas solat/sembahyang

    Posted by admin di 3 April 2008

    Zikir selepas solat

     

    Pembahagian zikir:

     

    1.      Ditentukan bilangan,waktu dan tempat

    2.      Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

    3.      Tidak terikat dengan ketentuan.

     

    Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu,tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya.Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat.Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

     

    Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib,tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

     

    Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):

    Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

    Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

     

    Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata:Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi s.a.w ) bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”

    Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”

    [H.R. An-Nasa’i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]

     

    Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:

    “Orang-orang yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih,bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga kali(masing-masing 33X).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

     

    Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:

    “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100)   dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

    [H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa’i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]

     

    Dari Tsauban,dia berkata:

    “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

    [H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]

     

    Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:

    “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

    [H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa’i dan lain-lain.- Sahih]

     

    Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

    [H.R. An-Nasa’i dan lain-lain. –sahih]

     

     

     

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Larangan Dalam Solat/sembahyang

    Posted by admin di 31 Mac 2008

    Larangan Dalam Solat

    Larangan dalam solat

    1.Mencotok-cotok rukuk dan sujud

    Nabi s.a.w. bersabda:

    “Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”

    [H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]

    “Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”

    [H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

    Abu Hurairah r.a. ra. berkata:

    “Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”

    [H.R. Abu Ya’la]

    2.Berpaling ke kanan,kiri dan melihat ke atas

    Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Allah swt sentiasa berharap kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya,berpalinglah Allah swt daripadanya.”

    [H.R. Ahmad dan Abu Daud]

    Dari Al Haris Al Asy’ary, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Dan bahwasanya Allah swt. Menyuruh kamu bersolat, maka apabila kamu bersolat janganlah kamu berpaling-paling.Kerana sesungguhnya Allah menghadapkan muka-Nya ke muka hamba-Nya di dalam solat hamba itu, selama hamba itu tidak berpaling-paling.”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Aisyah ra. berkata:

    “Saya telah bertanya kepada Rasulullah perihal berpaling-paling dalam solat. Maka Rasulullah menjawab: Itu suatu sambaran dari syaitan yang dia sambarkan dari solat hamba Allah swt.”

    [H.R. Al Bukhari,Abu Daud,An-Nasa’i dan Khuzaimah]

    Dari Anas ibn Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apakah gerangan sebabnya orang-orang itu mengangkat pandangannya ke langit di kala bersolat, dan mengeraskan suaranya. Sehingga Nabi bersabda: hendaklah mereka menghentikan perbuatan itu atau biarlah dicabut cepat pandangannya.”

    [H.R. Al Bukhari]

    3.Begerak anggota badan dalam solat

    Dari Abu Bakar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu berdiri untuk solatnya, maka hendaklah dia menenagkan segala anggota tubuhnya(tangannya,kakinya) dan janganlah berhoyong-hayang sbg hoyongan orang Yahudi.”

    [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi ]

    Dari Mu’aiqib ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Janganlah engkau menyapu anak-anak batu yang melekat di dahimu saat engkau bersolat, jika perlu sekali engau sapu, maka cukuplah dengan sekali sapu sahaja.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Dari Abu Hurairah r.a.:

    Rasulullah melihat seorang leaki memain-mainkan tangan semasa solat,maka baginda bersabda:

    “Sekiranya khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.”

    [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi]

    4.Berludah ke depan

    Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu berada dalam solat, maka berertilah dia sedang bermunajat dengan Tuhan-nya. Kerana itu, janganlah dia berludah ke muka(ke depan) dan janganlah ke kanannya. Akan tetapi ke sebelah kirinya, ke bawah kakinya.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    5.Bercekak pinggang

    Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya:

    “Rasulullah s.a.w. menegah seseorang mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya(bercekak pinggang)”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    6.Menguap

    Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Menguap itu dari syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia tutup mulutnya seberapa dia sanggup di dalam solatnya.”

    [H.R. Muslim dan At-Tirmidzi]

    7.Membunyikan ruas tangan

    Dari Ali ra., Nabi s.a.w. bersabda:

    “Janganlah engkau membunyikan ruas tangan semasa engkau sedang bersolat.”

    [H.R. Ibnu Majah]

    8.Menahan air besar atau kecil

    Kata Aisyah ra:

    “Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.”

    [H.R. Muslim]

    Dari Abdullah ibn Al Arjam, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah didirikan solat, maka jika pada ketika itu seseorang perlu buang air, hendaklah dia pergi buang air sebelum bersolat.”

    [H.R. Al Bukhari,Muslim dan lain-lain.]

    9.Menahan keinginan makan sesudah makanan tersedia.

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah disajikan makan malam, maka makanlah dahulu, sebelum melaksanakan solat Maghrib.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    10. Melihat kepada yang membimbangkan.

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersolat kepada kain yang diperbuat dari sutera bercorak,maka berkatalah baginda:

    “Corak-corak kain ini membimbangkan hatiku. Bawalah kain ini pada Abu Jaham, dan berikanlah padaku kain tebal tak bercorak.”

    [H.R. Al Bukhari]

    11.Memberi isyarat dengan tangan di waktu salam

    Dari Jabir ibn samurah ra.,katanya: Adalah kami bersolat dan mengetahui ada orang-orang yang berisyarat dengan tangan mereka di waktu membaca salam di belakang Rasulullah s.a.w.Maka besrabdalah baginda:

    “Mengapa mereka membaca salam dengan mengangkat tangan(dalam solat) seakan-akan tangan-tangan itu ekor-ekor kuda yang sedang lari. Apakah tidak cukup mereka meletakkan tangannya di atas paha?sesudah itu mengucapkan: assalamu’alaikum,assalamu’alaikum.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    12.Menutup mulut dan menurunkan kain sehingga mengenai lantai

    Abu Hurairah r.a. berkata:

    “Rasulullah s.a.w. menegah kami menurunkan kain dalam solat dan menegah orang yang sedang solat menutup mulutnya.”

    [H.R. Abu Daud dan Al Hakim]

    13.Bersolat semasa mengantuk

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu mersa mengantuk, maka hendaklah dia tidur hingga hilang mengantuknya kerana apabila dia bersolat sedang dalam keadaan mengantuk, mungkin dia mahu memohon ampun tetapi dengan tidak sedar memaki dirinya.”

    [H.R. Jamaah]

    14.Khaskan tempat yang tertentu oleh seseorang untuk solat kecuali imam.

    Dari Abdurrahman ibn Syibil,katanya;

    “Rasulullah s.a.w. menegah cotokan burung gagak,deruman binatang buas dan menegah kita khaskan suatu tempat tertentu di dalam masjid(untuk solat), sebagaimana halnya unta.”

    [H.R. Ahmad,Al Hakim dan Ibnu Hibban]

    15.Berbicara dengan sengaja yang tidak berkaitan dengan solat.

    Zaid ibn arqam ra berkata:

    “Adalah kami(sahabat)berbicara dalam solat. Masing-masing kami berbicara dengan teman yang berdiri di samping dalam solat.Hingga turun ayat: wa qumu lillahi qanitin,(dan berdirilah kamu kerana Allah dengan khusyuk). Maka kami pun diperintahkan berdiam dan dilarang berbicara.”

    [H.R. Al Jamaah]

    Ibnu Mas’ud berkata:

    “Adalah kami(sahabat) memberi salam kepada Nabi s.a.w. semasa baginda solat, lalu baginda menjawabnya. Setelah kami kembali dari An najjasyi, kami memberi salam juga kepadanya, maka baginda tidak menjawab kami lagi. Kerana itu,kami berkata: Kami dahulu memberi salam kepada tuan dalam solat lalu tuan menjawabnya. Maka, Nabi pun menjawab: Di dalam solat kita mempunyai tugas-tugas tertentu.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Muawiyah ibn Al Hakam ra. berkata:

    “Semasa saya sedang bersolat berserta Rasulullah s.a.w. tiba-tiba seorang lelaki dari jamaah bersin, maka aku pun mengucapkan: yarhamukallah, kerana itu para jamaahmendelikkan matanya kepadaku. Aku berkata: Aduhai nasibku, mengapa kamu melihat kepadaku? Mereka memukul paha mereka dengan tangan-tangan mereka. Maka aku berasa mereka menyuruh aku berdiam, aku pun ingin bertanya, tetapi tidak jadi dan aku pun berdiam diri. Setelah Rasullullah selesai solat, maka demi ayahku dan ibuku, aku belum pernah melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik mengajar daripada baginda. Demi Allah swt., baginda tidak mengherdik aku dan tidak pula membentak. Beliau berkata: solat ini tidak patut ada pembicaraan manusia. Ucapan-ucapan di dalamnya hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran.

    [H.R. Ahmad,Muslim dan An-Nasa’i]

    Abu Hurairah r.a. berkata:

    “Rasulullah mengerjakan solat Zohor atau asar bersama-sama kami, lalu baginda bersalam. Maka Dzulyadain berkata kepada Nabi: Apakah solat sudah dipendekkan atau tuan lupa,ya Rasulullah?Baginda menjawab:Tidak di qasar dan saya tidak lupa. Menjawab Dzulyadain:Tuan telah lupa,ya Rasulullah.Maka Nabi bertanya: Apakah benar apa yang dikatakan Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Kemudian,nabi bersolat dua rakaat lagi dan Nabi bersujud dua kali.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Posted in Larangan | Di tag: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Peringatan Mengenai Solat/Sembahyang

    Posted by admin di 29 Mac 2008

    Peringatan Mengenai Solat

    Peringatan tentang solat

    “…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”

    [surah Thahaa:14]

    “…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

    [Surah An-Nisa’}

    Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu’adz:

    “Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”

    [Surah Al-Baqarah:44-46]

    Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:

    “Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, sperempat, sepertiga atau seperduanya.”

    [H.R. Abu Daud]

    “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah.”

    [Surah Al-Jin:18]

    Ibnu Mas’ud berkata:

    “Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan azan di dalamnya.”

    [H.R. Muslim dan Abu Daud]

    Rasulullah saw bersabda:

    “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”

    [H.R. Muslim]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”

    [H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

    Rasulullah s.a.w. besabda:

    “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “Apakah yang memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”

    [surah Al-Mudatsir:42-47]

    (Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”

    [H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

    “(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”

    [H.R. Muslim]

    Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.”

    [H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]

    Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal(tertolak).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “….. dan apabila mereka(munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….”

    [Surah An-Nisa’:142]

    Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.”

    [Surah Al-Maa’un:4-5]

    Abdullah bin Mas’ud berkata:

    Sesungguhnya aku mengamati(masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.”

    [H.R. Muslim]

    Posted in Peringatan | Di tag: , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Faedah/fadilat solat/sembahyang

    Posted by admin di 26 Mac 2008

    Faedah/fadilat solat/sembahyang

    “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta-minta), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba mereka, maka sesunggunya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itu(kekal) di syurga lagi dimuliakan.”

    [surah Al-Makrij:19-35]

    Ketika beberapa sahabat telah meninggal sebelum terjadi perubahan kiblat solat lalu kami(para sahabat) tidak tahu apa yang kami katakan tentang mereka.Kemudian Allah menerunkan al-Baqarah:143

    “… dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu (solatmu)…” [Al-Baqarah:143]

    [H.R. Al Bukhari ]

    …..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”

    [Surah Al-Ankabut:45]

    “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hariakhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut(kepada sesiapa pun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.”

    [Surah At-taubah:18]

    “Seseorang dari Nejd datang kepada Rasulullah s.a.w.,dengan rambut terurai, kami mendengar berisik suaranya, tetapi kami tidak memahaminya, sehingga dia mendekat kepada Rasulullah. Dan,ternyata dia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah menjawab: “Solat lima kali sehari semalam”. Dia bertanya: “Apakah ada kewajipan bagiku selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu ingin mengerjakan (solat) sunat.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Dan puasa Ramadhan.” Orang itu bertanya: “Apakah ada lagi puasa yang wajib bagiku selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu mengerjakan puasa sunah.” Kemudian Rasulullah menerangkan kewajipan zakat. Maka dia bertanya: “apakah ada kewajipan selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu bersedekah sunah.” Kemudian pergilah orang itu sambil berkata: “Demi Allah saya tidak akan melebihi atau mengurangi dari itu.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh bahagia dia, jika jujur(dalam ucapannya itu).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Ma’dan bin Abi Thalhah berkata,”Aku pernah menemui Tsauban, hamba yang dimerdekakan Rasulullah, lalu kutanyakan, ‘Katakanlah kepadaku tentang perbuatan yang dapat kulakukan, yang dengannya Allah dapat memasukkan aku ke syurga?.’ Atau dia bertanya:’Tentang perbuatan yang paling dicintai Allah?’ Kemudian dia(Tsauban) diam. Lalu kutanyakan lagi, dan dia tetap diam. Kutanyakan yang ketiga kalinya, akhirnya dia menjawab, ‘Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal itu. Baginda menjawab, “Hendaknya kamu memperbanyak sujud, kerana tidaklah kamu bersujud sekali sujud kepada Allah, melainkan Allah mengangkat darjatmu dan menghapuskan kesalahanmu”. Ma’dan berkata,”Kemudian aku berjumpa Abu Darda’ dan kutanyakan kpdnya. Dia menjawab seperti jawapan Tsauban kepadaku.”

    [H.R. Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasa’i]

    “Solat lima waktu dan satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.”

    [H.R. Muslim]

    Saad bin Abi Waqash berkata:

    “Pernah ada dua orang bersaudara, lalu salah seorang dari saudara itu meninggal sebelum empat puluh malam dari saudaranya. Semua kebaikan saudara yang pertama itu disebut-sebut dihadapan Rasulullah s.a.w., lalu baginda bersabda: “tidakkah yang lainnya juga Muslim?” Mereka menjawab: “Ya, dan dia juga orang yang tidaklah mengapa.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Kalian tidak mengetahui apa yang dicapai dengan solatnya. Sesungguhnya perumpamaan solatnya itu seperti sungai airnya bersih dan mengalir di depan pintu(rumah) salah seorang dari kamu; dia mandi ke dalam sungai itu setiap hari lima kali, maka tidaklah lagi kamu lihat kotorannya. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui nilai –nilai solatnya.”

    [H.R. Malik, Ahmad dengan sanad yang baik(hasan), An-Nasa’i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya]

    Dari Abu Umamah ra., dia berkata:

    “Ketika Rasulullah s.a.w. berada di masjid duduk bersama kami, tiba-tiba seseorang datang kepadanya lalu lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah melakukan kejahatan, maka hukumlah aku.” Rasulullah diam, dan dia mengulangi kembali pernyataannya. Rasulullah tetap diam tidak menjawab. Sedangkan qamat untuk solat telah diserukan. Maka, ketika Rasulullah s.a.w. (selesai solat) keluar, orang itu mengikutinya dan aku (Abu Umamah) pun mengikutinya dan menunggu jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Bukankah ketika keluar dari rumah, kamu berwuduk dengan baik?” Dia menjawab: “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Kemudian Rasulullah bertanya: “Kemudian kamu solat bersama kami?”. Dia menjawab: “Ya Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. Telah mengampuni dosamu.”

    [H.R. Muslim,Abu Daud dan Al Bukhari dari Anas — hadis ini lafaz Abu Daud]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsipa mengerjakan solat Isyak dengan berjamaah, maka dia seperti bagun tengah malam(solat lail) dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka dia seperti solat malam seluruhnya.”

    [H.R. Muslim]

    “Solat seseorang dengan berjamaah(pahalanya) melebihi solat di rumah atau di pasar dengan dua puluh lima ganda. Ini kerana, apabila dia telah berwuduk dan sempurnakan wuduknya, kemudian keluar menuju Masjid dengan semata-mata untuk solat, maka dia tidak akan melangkah satu langkah melainkan dihapuskan baginya satu kesalahan, kemudian apabila dia solat maka malaikat selalu mendoakannya, selama dia masih berada di tempat solatnya,(dengan mengucapkan), “Ya Allah berilah rahmat kepadanya, dan kasih sayangilah dia.” Dan kamu selalu dalam solat selama menanti solat.”

    [H.R. Al Bukhari-Muslim]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang beriman.”

    [H.R. Malik]

    “Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.”

    [H.R. Muslim]

    Dari Anas ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Di antara duniamu yang dijadikan kecintaanku adalah wewangian dan wanita, dan telah dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.”

    [H.R. Ahmad,An-Nasa’i,Hakim dan Al Baihaqi-hadis sahih]

    Posted in Faedah | Di tag: , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

    Rukun-rukun solat/sembahyang

    Posted by admin di 24 Mac 2008

    Rukun-rukun solat

     

    1.Niat

     

    Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

     

    2.Berdiri dalam solat fardu

     

    Allah swt. Berfirman yang bermaksud:

    “Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”

    [Surah Al Baqarah-ayat 238]

     

    Imran ibn Husain ra berkata:

    “Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”

    [H.R. Al Bukhari]

     

    3.Menghadap kiblat

     

    4.Takbiratul ihram

     

    Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

    [H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

     

    Dari Abu Humaid ra.,

    “Adalah Nabi s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”

    [H.R. Ibnu Majah , disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

     

    5.Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)

     

    Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”

    [H.R. Al Jamaah]

     

    Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:

    “Bahwasanya Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata: Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”

    [H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]

     

    6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)

     

    7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)

     

    8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)

     

    9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya

     

    10.Salam

     

    Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

    [H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

     

    11.Tertib

     

    Posted in Rukun | Di tag: , , , , , , , | 1 Comment »

    Cara Solat Nabi s.a.w

    Posted by admin di 22 Mac 2008

    Solat cara Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.-(suntingan)

    “Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”

    [H.R. Bukhari]

    (Cara kita melihatnya adalah daripada hadis Nabi s.a.w yang sahih)

    Niat

    Niat ikhlas kerana Allah [H.R. Bukhari]

    Takbir

    Allahu akbar

    “Allah Maha Besar”

    [H.R. Muslim]

    Mengangkat kedua tangan

    (Pilih salah satu:)

    · Bersamaan ucapan takbir [H.R. Bukhari]

    · Selepas takbir [H.R. Bukhari]

    · Sebelum takbir [H.R. Bukhari]

    Mengangkat kedua tangan dengan jari lurus

    [H.R. Abu Daud]

    (Pilih salah satu:)

    · Mengangkat setentang bahu [H.R. Bukhari]

    · Mengangkat setentang telinga [H.R. Bukhari]

    Meletakkan kedua tangan di atas dada

    [H.R. Abu Daud]

    Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri.

    [H.R. Muslim]

    (Pilih salah satu:)

    · Meletakkan di pergelangan tangan [H.R. Abu Daud]

    · Tangan kanan menggenggam tangan kiri [H.R. An-Nasa’i]

    Menundukkan kepala dan menghadap pandangan ke bumi (tempat sujud)

    [H.R. Al-Baihaqi]

    Iftitah

    [H.R. Bukhari]

    (Pilih salah satu:)

    Allaahumma baa’id baini wa baina kho-thooyaa ya kamaa baa-a’tta bainal masy-riqi wal maghribi. Allaahumma naqqinii min kho-thooyaa ya kammaa yunaqqats tsaubul abya-dhu minaddanasi. Allaahummaghsil ni min kho-thooyaa ya bil maa i wals tsalji wal baradi.

    “Ya Allah! Jauhkanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku seperti kain putih yang dibersihkan dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, dengan air dingin (air batu) dan embun”

    [H.R. Bukhari]

    Allahu Akbar kabiiraw, wal hamdu lillaahi ka-tsiiraw, wa subhaanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.

    “Allah Maha Agung lagi Maha Besar, segala puji yang begitu banyak hanya milik Allah, Mahasuci Allah pada pagi dan petang.”

    [H.R. Muslim]

    Wajjahtu waj-hiya lillazii fa-tharas samaawaati wal ar-dha haniifam [musliman] wamaa ana minal musy-rikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariika lahuu wa bi-dzaalika umirtu wa ana awwalul mus-limiin. Allahumma antal maliku laa ilaaha illa anta [subhaa naka wa bihamdika] anta rabbii wa ana ‘abduka, zhalamtu nafsii, wa’taraftu bi-dzambii, faghfir lii dzanbii jamii’aa. Innahuu laa yaghfiruz zunu bailla anta, wash-rif ‘annii sayyi-ahaa laa yash-rifu ‘annii sayyi-ahaa illa anta labaika wa sa’daika, wal khairu kulluhu fii yadaika. wasy syarru laisa ilaika. [walmah diyyu man hadaita] anaa bika wa ilaika. [laa man jaa wa laa mal ja aminka illa ilaika] tabaarakta wa ta’aalaita astaghfiruka wa atuubu ilaika.

    “Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Pencipta seluruh langit dan bumi dengan penuh kepasrahan [menyerahkan diri] dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah, Tuhan alam semesta, tiada sesuatu pun yang menyekutui-Nya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang pertama-tama menjadi Muslim. Ya Allah! Engkaulah Penguasa, tiada Tuhan selain Engkau semata-mata. [Engkau Maha Suci dan Maha Terpuji] Engkaulah Tuhanku dan aku hamba-Mu. Aku telah menganiaya diriku dan aku mengaku dosa-dosaku. Oleh itu, ampunilah semua dosaku. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berhak mengampuni semua dosa. Berilah aku petunjuk kepada akhlak yang paling mulia kerana hanya Engkaulah yang dapat menjauhkan diriku dari akhlak yang buruk. Aku jawab seruan-Mu dan aku mohon pertolongan-Mu segala kebaikan di tangan-Mu, sedang segala keburukan tidak datang dari-Mu. [hanya yang terpimpin adalah orang yang Engkau beri petunjuk]. Aku berada dalam kekuasaan-Mu dan aku kembali kepada-Mu. [Tiada tempat memohon keselamatan dan perlindungan dari siksa-Mu kecuali hanya Engkau semata.] Engkau Mahamulia dan Mahatinggi, aku mohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu”.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Sub-haanakallahumma wa bihamdika wa tabaa rakasmuka wa ta’aala jadduka wa laa ilaaha ghoiruka.

    “Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu.Sungguh Maha Berbahagia nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran Engkau dan mengaku benar-benar bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.”

    [HR Muslim]

    Taawwuz

    (Pilih salah satu:)

    A’uu-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiim.

    “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”

    [H.R. Abu Daud]

    A’uu-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa naf-tsihi.

    “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari goresannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”

    [H.R. Abu Daud]

    A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliimi minasy syai-thaanir rajiim min hamzihi wa nafkhihi wa naf-tsihi.

    “Saya berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang kena rejam”

    [H.R. Abu Daud]

    Membaca basmalah

    Bismillaahir rahmaanir rahiim.

    “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”

    [H.R. Bukhari]

    Al-Fatihah

    [H.R. Bukhari]

    Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin.

    Arrahmaanir rahiim.

    Maaliki yaumiddin.

    Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin.

    Ihdinash shiraa-thol mustaqiim.

    Shiraa-thol la-dziina an’amta ‘alaihim ghoiril magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.

    “Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”

    [al-Fatihah:1-6]

    Jika tidak menghafal al-Fatihah baca:

    Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah, wallahu akbar, walaa hau la wala quwwa ta illa billah.

    “Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar, tidak ada kekuatan dan kemampuan tenaga tanpa izin Allah.”

    [H.R. Abu Daud]

    Bertamim

    Aamin

    “Perkenankanlah permohonan kami.”

    [H.R. Muslim]

    Makmum hanya perlu mendengar bacaan imam ketika imam membaca dengan suara jelas(subuh, maghrib,isyak.)

    [H.R. Muslim]

    Bacaan imam menjadi bacaan makmum’

    [H.R. Ahmad]

    Membaca surah

    Solat yang afdhal ialah yang lama berdiri.

    [H.R. Muslim]

    Membaca satu surah untuk setiap rakaat.

    [H.R. Ahmad]

    Membahagi satu surah dalam satu rakaat.

    [H.R. Ahmad]

    Membaca Al-Quran dengan suara yang indah.

    [H.R. Bukhari]

    Menganjurkan imam membaca surah yang tidak membebankan makmum. Asy-syamsi wadh-dhuhaha, Sabbihisma rabbikal-a’la, Iqra’ bi ‘smi rabbika, Wal-layli idza yaghsya.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan solat subuh Nabi s.a.w

    Membaca surah yang panjang pada rakaat pertama dan surah yang pendek berbanding rakaat pertama pada rakaat kedua.

    [H.R. Bukhari]

    Surah al-Waqiah,at-Thur, Qaf dan kadang-kadang membaca surah-surah yang pendek seperti at-Takwir, Zalzalah, al-Falaq, an-Nas. Kadang-kadang membaca surah al-Baqarah sehingga 60 ayat atau lebih.

    [H.R. Bukhari]

    Surah Yasin.[H.R. Ahmad]

    Surah as-Safat.[H.R. Ahmad]

    Surah ar-Rum.[H.R. An-Nasa’i]

    Surah al-Mukminun. Pada ayat “Musa wa Harun” atau pada ayat “Musa”, baginda terganggu oleh batuk, kemudian terus rukuk.

    [H.R. Bukhari]

    Rakaat pertama solat subuh Nabi s.a.w pernah baca surah as-Sajadah dan rakaat kedua membaca surah al-Insan.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan solat zohor Nabi s.a.w

    Membaca surah yang panjang hingga semua orang dapat mengikuti jamaah.

    [H.R. Abu Daud]

    Kadang-kadang membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat.

    [H.R. Muslim]

    Membaca pada rakaat pertama dan kedua lebih kurang 30 ayat yang lebih kurang sama dengan surah Sajadah (33 ayat).

    [H.R. Muslim]

    Surah at-Tareq, al-Buruj, al-Lail dan surah-surah lain yang sama panjangnya.

    [H.R. Abu Daud]

    Izaz Sama’un Syaqqat dan surah lain yang sama panjangnya.

    [H.R. Ibnu Khuzaimah]

    Bacaan solat asar Nabi s.a.w

    Bacaan surah sama seperti solat zohor.

    Rakaat pertama beliau membaca surah lebih panjang dari rakaat

    kedua.

    [H.R. Bukhari]

    Rakaat ketiga dan keempat dibaca surah lebih pendek daripada surah yang dibaca pada rakaat pertama dan kedua, kira-kira separuh darinya.

    [H.R. Muslim]

    Kadangkala membaca al-Fatihah sahaja pada rakaat-rakaat tersebut dan kadangkala mendengarkan bacaan kepada makmum.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan solat maghrib Nabi s.a.w

    Membaca surah-surah panjang atau surah sederhana, terkadang membaca surah Allaziina kafaru wa-saddu ‘ansabilillah(Surah Muhammad)

    [H.R. Ibnu Khuzaimah]

    Terkadang membaca surah-surah pendek.

    [H.R. Bukhari]

    Membaca surah yang pendek yang digabungkan.

    [H.R. Bukhari]

    Surah at-Thur.

    [H.R. Bukhari]

    Membaca dua surah yang terpanjang iaitu Al-A’raf dan Al-An’am.

    [H.R. Bukhari]

    Membaca surah Al-Anfal dalam dua rakaat.

    [H.R. At-Tabarani]

    Membaca surah Al-Mursalat pada solat yang terakhir baginda.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan solat isyak Nabi s.a.w

    Membaca surah sederhana panjang.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Surah As-Syam dan surah lain yang sama panjangnya.

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Membaca surah Insyiqaq dan sujud tilawah.

    [H.R. Bukhari]

    Ketika musafir membaca surah At-Tin dalam rakaat pertama.

    [H.R. Bukhari]

    Rukuk

    Selepas membaca surah, Nabi s.a.w berhenti sebentar.

    [H.R. Abu Daud]

    Mengangkat kedua tangan.[H.R. Bukhari]

    Mengucapkan takbir “Allahu akbar”[H.R. Bukhari]

    Rukuk.[H.R. Bukhari]

    Merengangkan jari.[H.R. Ibnu Hibban]

    Meluruskan punggung, meletakkan kedua tapak tangan pada lutut dan menekannya.

    [H.R. Abu Daud]

    Tidak mendongak dan menundukkan kepala.

    [H.R. Bukhari]

    Merenggangkan dan menjauhkan siku dari rusuk.

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Memanjangkan masa rukuk.

    Jarak waktu antara rukuk, berdiri sesudah rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. hampir sama.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan rukuk

    (Pilih salah satu:)

    Subhaana rabbiyal a’zhim.

    “Maha Suci Tuhan-ku yang Maha Agung.”3X

    [H.R. Abu Daud]

    Subhaana rabbiyal a’zhimi wabiham dih.

    “Mahasuci Tuhanku lagi Maha Agung dan segala puji bagi-Nya” (3 kali.)

    [H.R. Abu Daud]

    Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.

    “Mahasuci lagi Maha Kudus Tuhan semua malaikat dan roh”.

    [H.R. Muslim]

    Sub-haanakallaahumma wa bihamdika allahummaghfir lii.

    “Mahasuci Engkau, Wahai Tuhan! Segala puji bagimu wahai Tuhan dan ampunilah aku!”.

    [H.R. Bukhari]

    Sub-haana dzil jabaruuti wal malakuti, wal kib-riyaa-i wal a’-zhomat.

    “Mahasuci Tuhan yang memiliki keperkasaan, segala kekuasaan, kebesaran dan keagungan”.

    [H.R. Abu Daud]

    Allaahumma laka raka’tu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu,[anta rabbi] khosana laka wam ‘iwabasori, wa mukhyi wa a’zmi. (/ wa ‘izhomi) wa ‘asobi, [wamas takhollat bihi khodami lillaahi rabbil ‘aalamiin.

    “Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri Engkau Tuhanku. Pendengaranku, penglihatanku, akalku, tulang-belulangku dan urat-uratku tunduk kepada-Mu, Semua langkah semata-mata untuk Allah, tuhan seru sekalian alam”.

    [H.R. Muslim]

    Allaahumma laka raka’tu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu, wa ‘alaika tawakkaltu, anta rabbii kha-sya’a sam’i wabasori wa damii wa lahmii wa azhmii wa ‘a-shobii lillaahi rabbil ‘aalamiin.

    “Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku beriman, hanya kepada-Mu aku berserah diri dan bertawakkal. Engkau Tuhanku, pendengaranku, penglihatanku, darahku, dagingku, tulangku, uratku, semuanya tunduk hanya kepada Allah, tuhan seru sekalian alam”.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Iktidal (Bangkit dari rukuk)

    Mengangkat tangan seperti takbiratul ihram.

    [H.R. Bukhari]

    Bangkit dari rukuk sambil mengucapkan:

    Sami’allaahu liman hamidah.

    “Allah mendengar orang yang memuji-Nya”

    [H.R. Abu Daud]

    (Pilih salah satu:)

    Berdiri lurus sampai setiap ruas tulang belakang kembali pada tempatnya sambil mengucapkan:

    Rabbanaa wa lakal hamdu

    “Wahai Tuhan kami! dan Segala puji hanya untuk-Mu”

    [H.R. Bukhari]

    Rabbanaa lakal hamdu

    “Wahai Tuhan kami! Segala puji hanya untuk-Mu”

    [H.R. Bukhari]

    Allaahumma rabbanaa wa lakal hamdu

    “Ya Allah! Wahai Tuhan kami! dan Segala puji hanya untuk-Mu”

    [H.R. Bukhari]

    Rabbanaa walakal hamdu,hamdan ka-tsiiran thayyiban mubaarakan fiihi. [mubaa rakan ‘alaih, kamaa yuhibbu rabbunaa wayar dzho.]

    “Wahai Tuhan kami dan segala puji hanya milik-Mu, suatu pujian yang banyak, baik, dan membawa keberuntungan [sebagaimana diridhai dan dicintai Tuhan kami].”

    [H.R. Bukhari]

    Sesudah membaca “Rabbanaa lakal hamdu”, baca salah satu di bawah:

    Mil-as samaawati wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’adu.

    “Mencakup seluruh langit dan seluruh bumi dan segenap yang Engkau kehendaki selain dari itu”

    [H.R. Muslim]

    Mil-as samaawati, wa [mil-al ardhi, wamaa bainahumaa, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’adu.

    “Mencakup seluruh langit dan bumi dan semua yang ada di antaranya dan mencakup semua yang Engkau kehendaki selain itu.”

    [H.R. Muslim]

    Ahlasanaa i walmajdi, la maani ’a limaa a‘ak thoita, wa laa mu’kthiya limaa mana’k ta wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu.

    “Yang berhak atas segala pujian dan keagungan, tak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau halangi dan tiada berguna kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas siksa-Mu.”

    [H.R. Muslim]

    Mil-as samaawati, wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’adu, Ahlasanaa i walmajdi, ahak khu maa khoo lal’abdu, wakullunaa laka a’abdu, [allahumma] la maani ’a limaa a‘ak thoita, [wa laa mu’kthiya limaa mana’k ta], wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu.

    “Mencakup seluruh langit dan seluruh bumi, seluruh yang Engkau kehendaki selain itu. Engkau yang berhak atas segala pujian dan keagungan melebihi apa yang dikatakan oleh seorang hamba. Kami semua adalah hamba-Mu, [wahai Tuhan], tiada yang dapat merintangi apa yang telah Engkau berikan [dan tiada yang dapat memberikan apa yang Engkau halangi] dan tiada bermanfaat kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas , siksa-Mu.”

    [H.R. Muslim]

    Sujud

    Bertakbir ketika turun untuk sujud:

    Allahu akbar.”

    Allah Maha Besar

    [H.R. Bukhari]

    Kadang-kadang mengangkat kedua tangan ketika hendak sujud.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Meletakkan (mendahulukan) kedua tangan ke tanah (tempat sujud) sebelum meletakkan kedua lututnya.

    [H.R. Ibnu Khuzaimah]

    Meletakkan telapak tangannya dan membukanya serta merapatkan jari-jemarinya dan menghadapkannya ke arah kiblat.

    [H.R. Baihaqi]

    (Pilih salah satu:)

    Meletakkan tangan setentang dengan bahu.

    [H.R. Abu Daud]

    Meletakkan tangan setentang dengan telinga.

    [H.R. Abu Daud]

    Memantapkan lutut dan hujung kaki

    [H.R. Al-Baihaqi]

    Menghadapkan hujung jari kaki ke kiblat.

    [H.R. Bukhari]

    Merapatkan tumit.

    [H.R. Ibnu Khuzaimah]

    Menegakkan kaki.

    [H.R. Baihaqi]

    Mengangkat kedua lengan

    [H.R. Bukhari]

    Angkat kedua siku.

    [H.R. Muslim]

    Jauhkan lengan dari rusuk.

    [H.R. Ibnu Khuzaimah]

    Sujud dengan muka, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.

    [H.R. Muslim]

    Sujud dengan hidung menyentuh bumi.

    [H.R. Ad-Daruquthni]

    Zikir dan doa dalam sujud.

    (Pilih salah satu:)

    Sub-haana rabbiyal a’ala

    “Mahasuci Tuhan Yang Mahatinggi”. (3 kali)

    [H.R. Abu Daud]

    Sub-haana rabbiyal a’a la wabihamdih.

    “Mahasuci Tuhan Yang Mahatinggi dan segala puji bagi-Nya”. (3 kali)

    [H.R. Abu Daud]

    Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.

    “Mahasuci lagi Maha Kudus Tuhan semua malaikat dan roh”.

    [H.R. Muslim]

    Sub-haanakallaahumma rabbana wa bihamdika allahummaghfir lii.

    “Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Tuhan Kami, dan dengan memuji-Mu wahai Tuhan, berilah aku keampunan!”.

    [H.R. Bukhari]

    Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu, wa diqqahu wa jallahu, wa awwalahu wa aa-khirahu wa a’laniyyatahu wa sirrahu.

    “Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku,kecilnya, besarnya, awalnya, akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.”

    [H.R. Muslim]

    Allaahumma laka sajattu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu,[waanta rabbi], sajada wajhiya lilla-dzii khalaqahu wa shawwarahu [faah sana suwarahu] wa syaqqa sam a’hu wa ba-sorahu [fa] tabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.

    “Ya Tuhan-ku! Kepada Engkau aku sujud, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diriku.Telah bersujud mukaku—diriku—kepada Tuhan yang menjadikannya yang membentuknya, yang membelah pendengarannya dan penglihatannya, Maha Berbahagialah Allah, Tuhan yang paling baik dari segala yang mentaqdirkan(membuat rancangan pekerjaan)”

    [H.R. Muslim]

    Sub-haanak[allahumma] wa bihamdika, Laa ilaaha illa anta.

    “Mahasuci Engkau, wahai Tuhan segala puji bagi-Mu tiada Tuhan kecuali Engkau”. [H.R. Muslim]

    Sub-haana dzil jabaruti walmalakuti wal kibriyaa i wal a’-zhomati.”

    “Mahasuci Tuhan Yang Maha perkasa dan memiliki segalakekuasaan, kebesaran dan keagungan “.

    [H.R. Abu Daud]

    Allaahumma innii a’uudzu bi ri-dhooka min sa-kha-thika, wa a’uzu bi mu’aafaatika min ‘uquubatika wa a’uu-dzu bika minka laa uh-shii tsanaa-an a’laika anta kamaa ats-naita a’laa nafsika.

    “Wahai Tuhan! Dengan keredaan-Mu aku berlindung dari kemurkaan-Mu dengan pengampunan-Mu aku berlindung dari siksa-Mu, dengan perlindungan-Mu aku berlindung dari ancaman- Mu. Aku tidak sanggup menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri”

    [H.R. Muslim]

    Sajadalaka wawaa di wa khoyaa li, wa aa mana bika fuaa di, a bu u binia’kmatika a’layya, haazi yadi wamaa janaitu a’laa nafsi

    .

    “Bersujud kepada-Mu fikiranku dan angan-anganku, beriman kepada-Mu hatiku. Aku mengharapkan nikmat-Mu kepadaku. Inilah kedua tanganku dan aku datang menyerahkan diriku dengan semua kesalahanku”.

    [H.R. Al-Hakim]

    Allahummaghfirli maa asrartu wamaa a’ lantu.

    “Ya Allah! Ampunilah aku atas segala dosa yang kulakukan secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan”.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Allahummaj a’l fi kholbi nu ra, [wafi lisaa ni nu ra], waj ‘al fi sam i’ nu ra, waj ‘al fi basori nu ra, waj ‘al min tahti nura, waj ‘al min fau khi nu ra, wa a’ n yamini nura, wa a’an yasaa ri nu ra, waj ‘al a maa mi nu ra, waj ‘al khalfi nu ra, [waj ‘al fi nafsii nu ra], wa a’ zhim li nu ra.

    “Wahai Tuhan! Masukkan cahaya dalam hatiku, masukkan cahaya pada lisanku, masukkan cahaya pada pendengaranku, masukkan cahaya pada penglihatanku, dan letakkanlah cahaya di bawahku, letakkan cahaya di atasku, di sebelah kananku, di sebelah

    kiriku dan letakkanlah cahaya di hadapanku, letakkan cahaya di belakangku, dan letakkanlah cahaya di dalam diriku dan tajamkanlah cahaya untukku”.

    [H.R. Muslim]

    Duduk antara dua sujud.

    Bangun dari sujud sambil bertakbir.

    [H.R. Bukhari]

    Terkadang mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan ucapan takbir

    [H.R. Ahmad]

    Kemudian duduk iftirasy, membentangkan kaki kiri dan duduk di atasnya

    [H.R. Abu Daud]

    Menegakkan kaki kanan

    [H.R. An-Nasa’i]

    Menghadapkan jari-jemari kaki kanan ke arah kiblat

    [H.R. An-Nasa’i]

    Kadang-kadang duduk di atas kedua tumit dengan menegakkan kedua tumit dan telapak kaki.

    [H.R. Muslim]

    Duduk dengan tegak

    [H.R. Abu Daud]

    Duduk dengan lamanya sehingga orang menyangka telah lupa.

    [H.R. Bukhari]

    Bacaan duduk antara dua sujud

    (Pilih salah satu:)

    Allahhumma(Atau boleh dimulakan:Rabbi) Ighfir lii, war hamnii, [waj bujnii], [war fa’nii] wah dinii, [wa ‘aafinii] war zuqnii.

    “Ya Allah! Ampunilah aku, kasihanilah aku, [lindungilah aku], [angkatlah darjatku], berilah aku petunjuk, [jadikanlah aku sihat] dan berilah aku rezeki”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Rabbighfir lii ighfir lii.

    “Ya Allah! Ampunilah aku, ampunilah aku”.

    [H.R. Ibnu Majah]

    Kemudian sujud kedua seperti sujud pertama.

    Kadang-kadang mengangkat tangan bersamaan dengan takbir.

    [H.R. Abu Daud]

    Duduk istirehat

    Duduk tegak iaitu duduk di atas kaki kiri dengan tenang sampai tulang kembali ke posisinya. (Sama seperti duduk antara dua sujud.)

    [H.R. Bukhari]

    Kemudian bangun dengan bertumpu pada kedua tangan untuk melanjutkan ke rakaat seterusnya.

    [H.R. Bukhari]

    Rakaat kedua

    Ketika telah berdiri pada rakaat kedua Nabi mulakan dengan membaca “Al-lhmdulillah…………..” dan teruskan bacaan Al-Fatihah tanpa diam terlebih dahulu.

    [H.R. Muslim]

    Lakukanlah bacaan Al-Fatihah pada seluruh solat.

    [H.R. Ahmad]

    Duduk tasyahud/tahiyat awal

    Solat yang dilakukan dua rakaat, seperti solat subuh, duduk iftirasy iaitu seperti duduk antara dua sujud.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Hendaklah tumakninah dan hamparkanlah telapak kaki kiri(sama seperti duduk antara dua sujud), kemudian bacalah tasyahud.

    [H.R. Abu Daud]

    Meletakkan siku kanannya di atas paha kanannya.

    [H.R. Abu Daud]

    Bacaan tasyahhud ini diucapkan perlahan.

    [H.R. Abu Daud]

    Letakkan telapak tangan kiri di atas lutut kiri dengan mengembang, genggam semua jari tangan kanan dengan mengacukan telunjuk ke kiblat dan mengarahkan pandangan mata ke telunjuk.

    [H.R. Muslim]

    Menggerak-gerakkan telunjuk.

    [H.R. Abu Daud]

    Ibu jari memegang jari tengah

    [H.R. Muslim]

    Kadang-kadang boleh ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan.

    [H.R. Abu Daud]

    Bacaan tasyahud/tahiyat

    (Pilih salah satu:)

    Attahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh, Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu anla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

    “Semua ucapan penghormatan, pengagungan, dan pujian hanyalah milik Allah. Segala pemeliharaan dan pertolongan Allah untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segala kurnia- Nya. Semoga perlindungan dan pemeliharaan diberikan kepada kami dan semua hamba Allah yang soleh [mencakup semua hamba soleh yang ada di langit dan bumi]. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan rasul-Nya.”

    [H.R. Bukhari]

    Dalam riwayat lain ayat diganti dengan . (a’bduhu warasuluh– Maksud:hamba-Nya dan rasul-Nya)

    Attahiyyaatul mubaraka tus shalawaatu thoyyibaatulillah. [A]ssalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa baarakaatuh. [A]ssalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu anla ilaaha illallahu, wa [asyhadu] anna Muhammadan Rasulullah.

    “Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurnia-Nya. Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah.”

    [H.R. Muslim]

    Attahiyyaatu lillaah, [w]ash shalawaatu [w]ath thayyibaat. Assalamu ‘alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi [zidttu fiha] wabarakatuh – Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shoolihiin. Asyhadu anlaa ilaaha illallah [wazidtufiha] wahdahu laa syarikalah,- wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

    “Segala ucapan penghormatan milik Allah, begitu pula segala kurnia dan ucapan pengagungan. Semua pertolongan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula kurnia Allah.” [Begitu pula semua kurnia-Nya.] “Segala perlindungan dan pemeliharaan untuk kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah [‘Tuhan Yang Tunggal’, tiada sekutu bagi-Nya.] Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.”

    [H.R. Abu Daud]

    Attahiyyaatu thayyibaatus so lawaatulillah, Assalamu ‘alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh, Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shoolihiin. Asyhadu anlaa ilaaha illallah (wahdahu laa syarikalah), wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

    ‘Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat dan semua kurnia Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan Allah

    untuk kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah (Tuhan Mahatunggal, tiada suatu apa pun yang menjadi sekutu-Nya) dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.’

    [H.R. Muslim]

    Selawat Nabi s.a.w

    Baca selawat pada tasyahud pertama dan akhir.

    [H.R. An-Nasa’i]

    (Pilih salah satu:)

    Allahumma sholli a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, kamaa sollail ta a’laa ibrahim,[wa aali ibrahim], innaka hamidun majid, wa baarik a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, kamaa baa rakta a’laa [ibrahim, wa] aali ibrahim, innaka hamidun majid.

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. Ahmad]

    Alaahumma shalli ‘alaa Muhammad, wa a’ laa Muhammad, wa a’ laa ahli baitihi, wa a’ laa azwaa jihi wa zurriyatihi, kamaa shollaita ‘alaa Ibrahiim, innaka hamidun majid, wa baarik ‘alaa Muhammad, wa a’ laa aali baitihi, wa a’ laa azwaa jihi wa zurriyatihi, kamaa baa rak ta a’a laa a’laa aali Ibrahiim, innaka hamidun majid

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberikan kurnia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. Ahmad]

    Allahumma sholli a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, kamaa sollail ta a’laa [ibrahim,wa a’laa] aali ibrahim, innaka hamidun majid, allahumma baarik a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, kamaa baa rakta a’laa [ibrahim, wa a’laa] aali ibrahim, innaka hamidun majid.

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Ya Allah, berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. Bukhari]

    Allahumma sholli a’laa Muhammad [annabiyyil ummiyyi], wa a’laa aali Muhammad, kamaa sollail ta a’laa [aali] ibrahim, wa baarik a’laa Muhammad [annabiyyil ummiyyi], wa a’laa aali Muhammad, kamaa baa rakta a’laa [aali] ibrahim fil a’a lamin. Innaka hamidun majid.

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi kurnia kepada [keluarga] Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. Muslim]

    Allahumma sholli a’laa Muhammad, a’bdika warasulika, kamaa sollail ta a’laa [aali] ibrahim, wa baarik a’laa Muhammad, [a’bdika warasulika], [wa a’laa aali Muhammad], kamaa baa rakta a’laa ibraahim, [wa a’alaa aali ibraahim].

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, hamba- Mu dan rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu], [dan keluarga Muhammad] sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim].

    [H.R. Bukhari]

    Allahumma sholli a’laa Muhammad, wa [a’laa] azwaajihi wazurriyya tihi, kamaa sollail ta a’laa [aali] ibrahim, wa baarik a’laa Muhammad, wa [a’laa] azwaajihi wazurriyya tihi, kamaa baa rakta a’laa [aali] ibrahim, innaka hamidun majid.

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [kepada] para isterinya dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim; dan berikanlah kurnia kepada Muhammad, [kepada] para isterinya, dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [keluarga] Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. Bukhari]

    Allahumma sholli a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, wa baarik a’laa Muhammad, wa a’laa aali Muhammad, kamaa sollailta wa baa rakta a’laa ibrahim, wa aali ibrahim, innaka hamidun majid.

    “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat dan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    Berdiri ke rakaat ketiga

    Bangun sambil mengucapkan takbir

    [H.R. Bukhari]

    Kadang-kadang mengangkat tangan bersamaan dengan takbir.

    [H.R. Bukhari]

    Berdiri ke rakaat keempat

    Bangun sambil mengucapkan takbir

    [H.R. Bukhari]

    Kadang-kadang mengangkat tangan bersamaan dengan takbir.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Tasyahud akhir

    Duduk di atas paha

    [H.R. Bukhari]

    Meletakkan paha kiri ke lantai.

    [H.R. Bukhari]

    Solat subuh sama seperti tasyahud awal

    [H.R. An-Nasa’i]

    Meletakkan tapak kaki kiri di bawah paha dan betis

    [H.R. Abu Daud]

    Menegakkan tapak kaki kanan

    [H.R. Muslim]

    Kadang-kadang menghamparkan tapak kaki kanan.

    [H.R. Muslim]

    Merapatkan dan meletakkan tapak tangan kiri di atas lutut.

    [H.R. Muslim]

    Bacaan tasyahud dan selawat sama seperti tahiyat awal.

    Memohon perlindungan sebelum berdoa

    Allaahumma innii a ’uu-dzu bika min ‘a-dzaabil qabri,wa a u’uzubikamin fitnatil masiihid dajjaal. wa a u’uzubikamin fitnatilmahyaa walmamaati, allahumma inni a u’uzu bika minalmak sami wal maghram.

    “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Dajjal, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa-dosa dan terbelit hutang.”

    [H.R. Bukhari]

    Berdoa sebelum salam

    Memilih mana-mana doa yang disukai (afdhal memilih doa yang ada dalam hadis yang disukai)

    [H.R. Bukhari]

    “Memohon syurga kepada Allah dan berlindung dari siksa neraka.

    [H.R. Abu Daud]

    Allaahumma innii a ’uu-dzu bika min syarrimaa a’miltu, wamin syarrimaa lam a’ mal [ba ‘adu]

    “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari akibat-akibat buruk perbuatan yang telah aku lakukan [Kerugian dari kesalahan yang telah kulakukan atau kerugian dari kebaikan yang belum kulakukan.] dan yang belum aku lakukan.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    Allahumma haa sib ni hisaa ban ya sir.

    “Ya Allah, hitunglah (amal)ku dengan perhitungan yang mudah. “

    [H.R. Ahmad]

    Allahummainni as aluka yaa Allah( riwayat lain: billahi) [alwwhidi] Al a hadissoma dillazi lam yalid walam yu lad, walam yakun lahu kufuwan Ahad, antagh fira lii zunu bi, innaka antal ghofu rurrahim.

    “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ya Allah, [Tuhan YangMahatunggal], tempat makhluk bergantung, tiada beranak dan tiadadiperanakkan, tiada suatu apa pun yang menyamai-Nya, ampunilah segala dosaku, kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (orang yang membaca doa ini akan diampunkan dosanya)

    [H.R. Abu Daud]

    Allahumma inni as a luka bianna lakalhamd, laa ilaaha illa anta [wahdaka la syarikalaka], [almannanu] [yaa] ba di‘alsamaa ti wal ardz, yaa zal jala liwal ikram yaa hayyu yaa qayyum, [inni as aluka] [aljannata, wa a ‘uuzubika minannar].

    “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu bahawa segala puji adalah milik-Mu, tiada tuhan kecuali Engkau, [tiada sekutu bagi-Mu], [Maha Pemberi kurnia], [wahai] Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan Yang Mahaagung dan Maha Pemurah. Wahai Tuhan Yang Mahahidup, wahai Tuhan Yang Mahaberdiri sendiri, [sesungguhnya aku memohon] [syurga kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu dan siksa neraka].” (Orang yang berdoa dengan doa ini akan diberi)

    [H.R. Bukhari]

    Allahummaghfiruli maa qaddamat, wamaa akkortu, wamaa asrartu wamaa a’lamtu, wamaa arraftu, wamaa anta a’alamu bihi minni, an talmuqaddimu, wanatal mu akkhiru, laa ilaaha illa anta.

    “Ya Allah, ampunilah segala dosaku pada masa lalu dan akan datang, yang aku lakukan dengan sembunyi-sembunyi atau yang aku lakukan dengan terang-terangan dan apa saja perbuatanku yang berlebihan. Engkau lebih tahu tentang hal itu daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tidak ada Tuhan kecuali Engkau.”

    [H.R. Muslim]

    Mengucapkan salam

    [H.R. Al-Hakim]

    Mengucapkan salam (Dengan berpaling ke arah kanan sehingga terlihat pipi kanan yang putih):

    As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah

    “Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan atas dirimu demikian pula rahmat-Nya.”

    Dan mengucapkan salam ke kiri pun sama.

    [H.R. Muslim]

    Kadang-kadang baca tambahan

    Wa barakatuh“.

    “Dan keberkatan”

    [H.R. Abu Daud]

    Kadang-kadang mengucapkan As-salamu ‘alaikum” sahaja ketika berpaling ke kiri.

    [H.R. An-Nasa’i]

    Terkadang mengucapkan salam sekali sahaja dengan ucapan: “As-salamu ‘alaikum” dengan sedikit memalingkan wajah ke kanan”.

    [H.R. Muslim]

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , | Leave a Comment »