Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Zikir selepas solat

    Zikir selepas solat/sembahyang

    Pembahagian zikir:

    1.Ditentukan bilangan,waktu dan tempat

    2.Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

    3.Tidak terikat dengan ketentuan.

    Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu,tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya.Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat.Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

    Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib,tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

    Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):

    Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

    Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

    Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata:Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi s.a.w ) bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”

    Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”

    [H.R. An-Nasa’i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]

    Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:

    “Orang-orang yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih,bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga kali(masing-masing 33X).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:

    “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

    [H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa’i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]

    Dari Tsauban,dia berkata:

    “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

    [H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]

    Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:

    “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

    [H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa’i dan lain-lain.- Sahih]

    Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

    [H.R. An-Nasa’i dan lain-lain. –sahih]

    ————————————————————————————————–

    Memang bagus! Setiap “Like, Pledge & Share”, Colgate akan dermakan wang pada rumah anak yatim!
    http://says.com/recommendations/mari-beramal-bersama-colgate

    20 Respons to “Zikir selepas solat”

    1. azmi said

      selepas sembahyang fardu berjemaah bagaimana cara2 mulakan bacaan dzikir apakah ayat nya?

    2. mimi said

      saya ingin mengetahui zhikir dan doa yang afdal dibaca selepas solat fardu…
      selain itu saya inginkan doa untuk mereka yang telah meninggal dunia…
      adakah doa biasa yang terucap dari hati kita masih boleh digunakan?

    3. sheikh ahmad b sheikh long said

      askum .saya telah sempat meneliti beberapa buku hadis, saya tak jumpa hadis yg menunjukan .yg nabi saw berzikir atau/ dan berdoa sacara kuat atau /dan beramai ramai saperti yg kita amalkan sekarang ini..Apa yg di temui hadis hadis yg nabi saw menyuruh membaca ini dan itu salepas solat samada yg berupa zikir atau doa kapada orang orang tertentu sahaja..Sukacita mendapat komen atau ulasan tuan mengenai pekara ini(khusus nya yang baca zikir dan doa sacara kuat atau/dan beramai ramai).salam terima kasih.

      • pro-tajdid said

        Waalaikumussalam. Alhamdulillah saudara berusaha meneliti buku2 hadis, dukacita ramai yg tak menelitinya. Mereka mengaku mazhab Syafie, tapi imam Syafie dalam kitabnya induknya, Al-Um sendiri suruh imam dan makmum baca zikir sendiri-sendiri secara perlahan mengikut zaman Nabi s.a.w. Jika ingin zikir kuat, hanya untuk imam mengajar saja, kemudian bila makmum dah boleh, zikir sendiri-sendiri secara senyap. Dalam masyarakat kita bukan lagi imam mengajar, tapi makmum pun mengeraskan juga. Kalau betul imam mengajar, cukup imam saja yg kuat.

    4. MOHD YUSOFF BIN MD NOR said

      berzikirlah sebanyak mana yang anda mampu akan tetapi perlu berlandaskan kepada nas yang kukuh.selamat mengingati tuhan pada bulan ramadhan yang penuh rahmat ini.

    5. Fadil Aris said

      Beribadahlah kepada Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas sebagai hambaNya.Mempelajari ilmu ibadah yang mengikut As Sunnah akan menjadikan setiap ibadat yang dikerjakan berkualiti dan menambahkan kekhusyukan ketika beribadah.

      J:
      Waalaikumussalam wbt
      Terima kasih atas maklum balas.

    6. hamba said

      Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

    7. Asyraf said

      Assalamualaikum, saya ingin bertanya; sebagai seorang manusia hina dan pelajar sekolah biasa yang tidak lepas daripada melakukan pelbagai aktiviti dan dosa, saya ada masalah dari segi tidak khusyuk ketika solat. Sebagai seorang makmum yang mengikuti imam, bolehkah jika saya berselawat/memuji Allah(subhanallah/alhamdulillah/allahuakhbar) bagi mengelakkan fikiran saya daripada memikirkan tentang perkara lain yakni hal duniawi atau erti kata lain hilang tumpuan ketika solat berjemaah ketika imam sedang membaca surah al-fatihah?

      • admin said

        Waalaikumussalam wbt
        Ini mungkin gangguan syaitan; mengikut hadis Nabi SAW yg sahih, hendaklah meludah ke kiri 3 kali;
        Ini adalah contoh langkah2 praktik apabila solat berjemaah:
        1. palingkan muka ke kiri sekadar 1-2cm.
        2. keluarkan lidah sekitar 1/2cm.
        3. tarik ke dalam dan serentak dengan sedikit tiupan.
        4. pastikan bunyi yang terhasil adalah sangat perlahan, sehingga rakan jemaah di kiri tidak sedar.
        5. pastikan tidak terkeluar air ludah yang dapat disedari rakan jemaah di kiri.

    8. zainuddin said

      saya ingin tahu zikir dan doa yang mustajab selepas solat fardhu…


      bacalah zikir yg mengikut Nabi s.a.w…. lain2 sila rujuk ebook

    9. wan said

      assalamualaikum,sy ingin mengatahui doa2 selepas solat wajib yg lazim di baca

      wsalam… tiada doa khusus selepas solat, sila rujuk ebook…

    10. Salam Maal Hijrah 1432H…Tahniah artikel sangat membantu..

    11. Salam…kami sedang berusaha ingin menganjur program remaja islam cemerlang umur di antara 15 ke 20 tahun khusus dalam bab solat…bagi persiapan mereka ke alam dewasa seterusnya alam rumahtangga selain mampu meyumbang kearah gejala sosial sifar..mohon bantuan ikhlas jika ada moderator/facilitator serta module …
      tarikh 25hb Dec ~ Hubungi saya 012 2813030 SU Surau Hj Hassan email. surauhjhassan@gmail.com

    12. Sulaiman rahmat anwar said

      Sukron kasiir

    13. lisa said

      assalamualaikum, saya ingin tahu apakan doa yang sebaiknya di bacakan terutama semasa kita ziarah pusara dan apakah doa itu?

    14. alin said

      salam.. apakah bacaan zikir yg sesuai selepas solat sunat terawih??

    15. cheyjarm said

      Assalamualaikum,
      Bagaimanakah cara kita nak mengubah budaya setiap kali selepas sembahyang berjemaah, imam akan berzikir dan berdoa secara kuat kerana ini akan menggangu jemaah lain yg sedang solat. Nabi sendiri pernah menyuruh seseorang memperlahankan suaranya ketika membaca alquran ketika orang lain sedang sembahyang. Kalau di Timur Tengah,malah dimasjid masjid di sekitar Makkah,selepas sembahyang,semuanya berzikir atau berdoa secara sendirian. Malangnya imam-imam muda di Malaysia kelulusan dari Timur Tengah, bila pulang dan menjadi imam di masjid2 di Malaysia,masih juga menjadi zikir dan doa dibaca secara kuat-kuat. Mohon penjelasan dari tuan.Jazaallah

    16. nizam said

      assalamualaikum…saya ingin penerangan tentang maksud solat maktubah…

    Tinggalkan komen