Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Posts Tagged ‘shalat’

    Hukum Solat Hari Raya

    Posted by admin di 28 September 2008

    Hukum Solat Hari Raya

    Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin. 2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161)

    Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla.
    (Lihat: Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani)

    “Ummi Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Aidil Fitri dan Adha. (dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya meminjamkan jilbabnya!
    (H/R Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85. An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539)

    Perintah di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan bukan sekadar sunnah.
    (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)

    Advertisements

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Sujud sahwi

    Posted by admin di 26 Ogos 2008

    Sujud sahwi kerana Penambahan

    “Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahwa Nabi s.a.w. solat Zohor lima rakaat, kemudian baginda ditanya, ‘Apakah solat Zohor ditambah rakaatnya?’, Baginda balik bertanya, ‘Apa itu?’ Para sahabat menjelaskan, ‘Anda solat lima rakaat.’ Kemudian baginda pun sujud dua kali setelah salam. Dalam riwayat lain disebutkan, beliau melipat kedua kakinya dan menghadap kiblat kemudian sujud dua kali, kemudian salam.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud Sahwi Karena Kekurangan

    “Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Nabi s.a.w.solat Zohor atau Asar bersama para sahabat. Baginda salam setelah solat dua rakaat, kemudian orang-orang yang bergegas keluar dari pintu masjid berkata, ‘Solat telah diqasar (dikurangi)?’ Nabi pun berdiri untuk bersandar pada sebuah kayu, sepertinya baginda marah. Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan bertanya kepadanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah anda lupa atau memang solat telah diqasar?.’ Nabi berkata, ‘Aku tidak lupa dan solat pun tidak diqasar.’ Laki-laki itu kembali berkata, ‘Kalau begitu anda memang lupa wahai Rasulullah.’ Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat, ‘Benarkah apa yang dikatakannya?’. Mereka pun mengatakan, ‘Benar.’ Maka majulah Nabi s.a.w., selanjutnya baginda solat untuk melengkapi kekurangan tadi, kemudian salam, lalu sujud dua kali, dan salam lagi.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abdullah bin Buhainah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w.solat Zohor bersama mereka, beliau langsung berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk. Para jama’ah pun tetap mengikuti beliau sampai beliau selesai menyempurnakan solat, orang-orang pun menunggu salam beliau, akan tetapi beliau malah bertakbir padahal baginda dalam keadaan duduk (tasyahhud akhir), kemudian beliau sujud dua kali sebelum salam, lalu salam.” [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud sahwi kerana ragu-ragu

    “Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang dari kamu ada yang ragu-ragu dalam solatnya, maka hendaklah lebih memilih kepada yang paling mendekati kebenaran, kemudian menyempurnakan solatnya, lalu melakukan salam, selanjutnya sujud dua kali‘.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu ragu-ragu dalam solatnya, dia tidak tahu berapa rakaat yang sudah dia lakukan, tigakah atau empat? Maka hendaknya dia meninggalkan keraguan itu dan mengambil apa yang dia yakini, kemudian dia sujud dua kali sebelum salam. Jika dia telah solat lima rakaat, maka hal itu menggenapkan pelaksanaan solatnya, dan jika dia solat sempurna empat rakaat, maka hal itu merupakan penghinaan (pengecewaan) terhadap syaitan’.” [HR. Muslim]

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , | 8 Comments »

    Berzikir dengan biji tasbih bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w

    Posted by admin di 15 Mei 2008

    Berzikir dengan biji tasbih bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w

    Dari Abdullah bin Amr, katanya: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

    [H.R. Abu Daud –sahih]

    Dari Yasirah(seorang perempuan Muhajirin) berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada kami: “Hendaklah kalian selalu tetap bertasbih, nanti akibatnya kalian akan melupakan tauhid/rahmat. Dan hendaklah kalian hitung dengan jari-jari kerana sesungguhnya jari-jari itu nanti akan diminta untuk berbicara.””

    [H.R. Abu Daud- hasan]

    Hadis ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran surah Yasin ayat 65, Nur ayat 24, Fussilat ayat 20-22

    Diriwayatkan oleh Ibnu Wadldlah Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Bida’u wan Nahyu ‘Anhu halaman 12 dari Shult bin Bahram,dia menceritakan:

    “Ibnu Mas’ud(sahabat Nabi) pernah melalui seorang perempuan yang ada padanya biji-bijian tasbih yang dia pergunakannya untuk bertasbih.Maka,Ibnu Mas’ud memutuskannya dan membuang biji-bijian tasbih itu.Kemudian beliau melewati seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan batu-batu kecil lalu beliau menendang dengan kakinya lalu berkata: “Kamu telah mendahului! Kamu telah mengerjakan bidaah/bid’ah yang gelap! Kamu telah mengalahkan ilmunya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.!

    Berikut adalah hadis yang digunakan sebagai dalil membolehkan menggunakan biji tasbih untuk berzikir,tetapi sekitar hadis daif/lemah dan maudhu/palsu yang tidak boleh dijadikan hujah:

    Dari Abu Hurairah r.a.,marfu: “adalah (Nabi s.a.w.) bertasbih dengan batu-batu kecil.”

    [Hadis sangat lemah]

    Dari saad bin abi Waqqas, bahawa dia pernah masuk ke rumah seorang perempuan bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan di tangan perempuan itu ada biji-bijian atau batu-batu kecil yang dipergunakan untuk tasbih dgnnya…………

    [H.R. Abu Daud,At-Tirmidzi dan Hakim –daif/lemah]

    Dari Shafiyyah,dia berkata:

    “Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke rumahku sedangkan dihadapanku ada empat ribu biji-bijian yang aku pakai untuk bacaan tasbihku dengannya…..”

    [H.R. At-Tirmidzi dan Hakim-daif/lemah]

    “Sebaik-baik pemberi ingat itu adalah subhah(biji-bijian tasbih untuk berzikir).”

    [Hadis palsu riwayat Imam Dailami dalam Musnad Fidaus]

    Ulama-ulama bahasa(arab) berkata perkataan ‘subhah’/biji-bijian tasbih itu awalnya tidak pernah dikenali oleh orang-orang Arab.Bagaimana mungkin Nabi s.a.w memerintahkan sahabat atas perkara yang tidak pernah dikenalnya.

    Sebanyak-banyak zikir yang dianjurkan Nabi s.a.w yang sahih adalah 100 kali dan ada zikir yang dianjurkan membacanya tetapi tidak dituntut dibilangnya zikir tersebut,cukup berzikir sekadar kemampuan.

    Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus kali,nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsipa yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus kali dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.*

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    *Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.

    Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya:

    “Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “Lemahkah salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan.”

    [H.R. Muslim]

    Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”

    [H.R. Muslim]

    Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya.Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.

    Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Dari Samurah bin Jundub: Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Ada empat perkataan yang dicintai oleh Allah iaitu: subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illaah, wallahu akbar. Tidak salah kalau engkau memulai dari mana saja.”

    [H.R. Muslim]

    Terdapat banyak lagi hadis lain…

    Mengapa kita tidak boleh membaca berlebih-lebihan?Apa salahnya baca beratus-ratus atau beribu-ribu?

    Dari Abdullah bin Mas’ud: Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan.” Nabi s.a.w mengucapkannya sampai 3X.”

    [H.R. Muslim]

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Comment »

    Masalah & Bidaah: Berzikir dengan suara keras dilarang

    Posted by admin di 13 April 2008

    Berzikir dengan suara keras dilarang

    Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.

    [Surah Al-A’raf:55 dan 205]

    Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.

    [H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]

    Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .

    [H.R. Abu Daud dan Ahmad]

    *Orang yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama makmum masbuk yang menyempurnakan solat.

    Ibnu Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak sama seperti al-Quran dan sunnah).

    -zikir dianjurkan,cuma cara mengerjakan tidak betul.

    Imam As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing meyembunyikan bacaan.(Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

    Masalah-masalah solat: Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap

    Posted by admin di 8 April 2008

    Masalah-masalah solat

    Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap

    “Seutama solat iaitu panjangnya qunut(lama berdiri)”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

    1. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas ra.:

    “Rasulullah terus-menerus berqunut dalam solat subuh sampai baginda wafat.”

    [H.R. Ahmad,Baihaqi,Daruquthni,hakim,abdul Razak dan Abu Nuaim-daif/lemah]

    1. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dalam sanad hadis ada Abu Ja’far Ar-Razi atau nama sebenarnya Isa bin Abi Isa.Hadis daripadanya dilemahkan oleh ahli-ahli hadis seperti Imam Ahmad,An-Nasa’i,Abu Zur’ah,Al-Fallas,Ibnul Madini,Ibnu Hibban,Ibnu Taimiah dan Ibnul Qayyim kerana hafalannya tidak kuat.

    2. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Ibnu Sirin:

    Pernah orang bertanya kepada Anas ibn Malik ra.,katanya: “Apakah Nabi pernahmberqunut di solat Subuh?” Anas ra. menjawab: “Pernah.” Seseorang bertanya: “Sebelum rukuk atau sesudahnya?” Anas ra. menjawab: “Sesudah rukuk.”

    [H.R. Al-Jamaah kecuali At-Tirmidzi]

    2. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Qunut yang ditanyakan adalah qunut nazilah sebagaimana tegas diterangkan oleh Al Bukhari dan Muslim.

    3. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Ashim bin Sulaiman berkata: “Kami pernah bertanya kepada Anas bin Malik:

    “Sesungguhnya orang- menyangka bahwa Nabi s.a.w. sentiasa qunut dalam solat subuh.”

    Jawab Anas bin Malik: “Mereka dusta!!Baginda hanya qunut sebulan mendoakan kecelakaan atas satu kabilah dari kabilah kaum musyrikin.”

    [H.R. Al-Khatib-sahih]

    4. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas,katanya:

    “Bahwasanya Nabi s.a.w tidak pernah qunut kecuali apabila baginda mendoakan kebaikan bagi satu kaum(muslimin untuk kemenangan perang) atau mendokan kecelakaan bagi kaum(kafir sebagai kebinasaan).”

    [H.R. Ibnu Khuzaimah-sahih]

    Inilah qunut nazilah.

    5. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata: Rasulullah pernah berqunut sebulan lamanya berturut-turut dalam solat zohor,asar,maghrib,isyak dan subuh. Di akhir setiap solat selepas mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah’ di rakaat akhir, baginda mendoakan kecelakaan atas mereka,iaitu satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il,Zakwaan dan ‘Ushaiyah sedangkan makmum yang di belakang baginda mengucapkan amin.”

    [H.R. Abu Daud-sahih]

    6. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Said bin Thariq Al-Asyja’i,dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada bapaku (Thariq bin Asyim): “Wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah s.a.w.,Abu Bakar,Umar,Usman dan ali,apakah mereka itu mengerjakan qunut subuh(qunut terus-menerus)?” Jawab bapaku: “Hai anakku! Itu (qunut terus-menerus) adalah perbuatan bidaah!”

    [H.R. Ahmad,At-Tirmidzi,An-Nasa’i dan Ibnu Majah-sahih]

    7. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas, dia berkata: “Bahwasanya Nabi s.a.w. qunut sebulan lamanya ketika ahli-ahli Quran dibunuh. Maka,aku tidak pernah melihat baginda merasa berdukacita lebih dalam dari itu. Baginda mendoakan kecelakaan atas beberapa kabilah dari kabilah-kabilah bangsa Arab, kemudian baginda meninggalkannya.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim-sahih]

    8. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Kata imam Syafi’e:

    Apabila kamu dapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w.,maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah lalu tinggalkanlah perkataanku.

    Apabila kamu telah mendapati satu sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. yang menyalahi perkataanku,maka sesungguhnya aku berkata dengannya.

    Apabila telah sah hadis menyalahi perkataanku,maka lemparkanlah perkataanku ke belakang dinding dan kerjakanlah olehmu dengan hadis yang kukuh-kuat.

    Tiap-tiap hadis dari Nabi s.a.w,maka dia perkataanku walaupun kamu tidak mendengarnya dariku.

    Apabila telah sah hadis,maka itulah mazhabku.

    Apabila telah sah khabar yang menyalahi perkataanku,maka hendaklah kamu mengikut khabar itu dan ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya itulah mazhabku.

    Imam ar-Rabi’ berkata: aku mendengar Imam asy-Syafi’e berkata:

    Tiap-tiap masalah yang pernah kubicarakan, padahal sah kabar(hadis) tentang masalah itu dari Nabi s.a.w di sisi ahli riwayat dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali kepadanya sama ada di kala aku masih hidup mahupun sesudah aku mati.

    Posted in Masalah&Bidaah | Di tag: , , , , , , , , , , , , , , , | 7 Comments »

    Zikir selepas solat/sembahyang

    Posted by admin di 3 April 2008

    Zikir selepas solat

     

    Pembahagian zikir:

     

    1.      Ditentukan bilangan,waktu dan tempat

    2.      Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

    3.      Tidak terikat dengan ketentuan.

     

    Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu,tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya.Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat.Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

     

    Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib,tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

     

    Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):

    Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

    Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

     

    Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata:Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi s.a.w ) bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”

    Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”

    [H.R. An-Nasa’i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]

     

    Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:

    “Orang-orang yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih,bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga kali(masing-masing 33X).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

     

    Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:

    “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100)   dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

    [H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa’i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]

     

    Dari Tsauban,dia berkata:

    “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

    [H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]

     

    Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:

    “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

    [H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa’i dan lain-lain.- Sahih]

     

    Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:

    “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

    [H.R. An-Nasa’i dan lain-lain. –sahih]

     

     

     

    Posted in Solat | Di tag: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Larangan Dalam Solat/sembahyang

    Posted by admin di 31 Mac 2008

    Larangan Dalam Solat

    Larangan dalam solat

    1.Mencotok-cotok rukuk dan sujud

    Nabi s.a.w. bersabda:

    “Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”

    [H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]

    “Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”

    [H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

    Abu Hurairah r.a. ra. berkata:

    “Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”

    [H.R. Abu Ya’la]

    2.Berpaling ke kanan,kiri dan melihat ke atas

    Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Allah swt sentiasa berharap kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya,berpalinglah Allah swt daripadanya.”

    [H.R. Ahmad dan Abu Daud]

    Dari Al Haris Al Asy’ary, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Dan bahwasanya Allah swt. Menyuruh kamu bersolat, maka apabila kamu bersolat janganlah kamu berpaling-paling.Kerana sesungguhnya Allah menghadapkan muka-Nya ke muka hamba-Nya di dalam solat hamba itu, selama hamba itu tidak berpaling-paling.”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Aisyah ra. berkata:

    “Saya telah bertanya kepada Rasulullah perihal berpaling-paling dalam solat. Maka Rasulullah menjawab: Itu suatu sambaran dari syaitan yang dia sambarkan dari solat hamba Allah swt.”

    [H.R. Al Bukhari,Abu Daud,An-Nasa’i dan Khuzaimah]

    Dari Anas ibn Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apakah gerangan sebabnya orang-orang itu mengangkat pandangannya ke langit di kala bersolat, dan mengeraskan suaranya. Sehingga Nabi bersabda: hendaklah mereka menghentikan perbuatan itu atau biarlah dicabut cepat pandangannya.”

    [H.R. Al Bukhari]

    3.Begerak anggota badan dalam solat

    Dari Abu Bakar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu berdiri untuk solatnya, maka hendaklah dia menenagkan segala anggota tubuhnya(tangannya,kakinya) dan janganlah berhoyong-hayang sbg hoyongan orang Yahudi.”

    [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi ]

    Dari Mu’aiqib ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Janganlah engkau menyapu anak-anak batu yang melekat di dahimu saat engkau bersolat, jika perlu sekali engau sapu, maka cukuplah dengan sekali sapu sahaja.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Dari Abu Hurairah r.a.:

    Rasulullah melihat seorang leaki memain-mainkan tangan semasa solat,maka baginda bersabda:

    “Sekiranya khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.”

    [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi]

    4.Berludah ke depan

    Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu berada dalam solat, maka berertilah dia sedang bermunajat dengan Tuhan-nya. Kerana itu, janganlah dia berludah ke muka(ke depan) dan janganlah ke kanannya. Akan tetapi ke sebelah kirinya, ke bawah kakinya.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    5.Bercekak pinggang

    Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya:

    “Rasulullah s.a.w. menegah seseorang mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya(bercekak pinggang)”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    6.Menguap

    Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Menguap itu dari syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia tutup mulutnya seberapa dia sanggup di dalam solatnya.”

    [H.R. Muslim dan At-Tirmidzi]

    7.Membunyikan ruas tangan

    Dari Ali ra., Nabi s.a.w. bersabda:

    “Janganlah engkau membunyikan ruas tangan semasa engkau sedang bersolat.”

    [H.R. Ibnu Majah]

    8.Menahan air besar atau kecil

    Kata Aisyah ra:

    “Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.”

    [H.R. Muslim]

    Dari Abdullah ibn Al Arjam, Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah didirikan solat, maka jika pada ketika itu seseorang perlu buang air, hendaklah dia pergi buang air sebelum bersolat.”

    [H.R. Al Bukhari,Muslim dan lain-lain.]

    9.Menahan keinginan makan sesudah makanan tersedia.

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah disajikan makan malam, maka makanlah dahulu, sebelum melaksanakan solat Maghrib.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    10. Melihat kepada yang membimbangkan.

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersolat kepada kain yang diperbuat dari sutera bercorak,maka berkatalah baginda:

    “Corak-corak kain ini membimbangkan hatiku. Bawalah kain ini pada Abu Jaham, dan berikanlah padaku kain tebal tak bercorak.”

    [H.R. Al Bukhari]

    11.Memberi isyarat dengan tangan di waktu salam

    Dari Jabir ibn samurah ra.,katanya: Adalah kami bersolat dan mengetahui ada orang-orang yang berisyarat dengan tangan mereka di waktu membaca salam di belakang Rasulullah s.a.w.Maka besrabdalah baginda:

    “Mengapa mereka membaca salam dengan mengangkat tangan(dalam solat) seakan-akan tangan-tangan itu ekor-ekor kuda yang sedang lari. Apakah tidak cukup mereka meletakkan tangannya di atas paha?sesudah itu mengucapkan: assalamu’alaikum,assalamu’alaikum.”

    [H.R. An-Nasa’i]

    12.Menutup mulut dan menurunkan kain sehingga mengenai lantai

    Abu Hurairah r.a. berkata:

    “Rasulullah s.a.w. menegah kami menurunkan kain dalam solat dan menegah orang yang sedang solat menutup mulutnya.”

    [H.R. Abu Daud dan Al Hakim]

    13.Bersolat semasa mengantuk

    Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:

    “Apabila seseorang kamu mersa mengantuk, maka hendaklah dia tidur hingga hilang mengantuknya kerana apabila dia bersolat sedang dalam keadaan mengantuk, mungkin dia mahu memohon ampun tetapi dengan tidak sedar memaki dirinya.”

    [H.R. Jamaah]

    14.Khaskan tempat yang tertentu oleh seseorang untuk solat kecuali imam.

    Dari Abdurrahman ibn Syibil,katanya;

    “Rasulullah s.a.w. menegah cotokan burung gagak,deruman binatang buas dan menegah kita khaskan suatu tempat tertentu di dalam masjid(untuk solat), sebagaimana halnya unta.”

    [H.R. Ahmad,Al Hakim dan Ibnu Hibban]

    15.Berbicara dengan sengaja yang tidak berkaitan dengan solat.

    Zaid ibn arqam ra berkata:

    “Adalah kami(sahabat)berbicara dalam solat. Masing-masing kami berbicara dengan teman yang berdiri di samping dalam solat.Hingga turun ayat: wa qumu lillahi qanitin,(dan berdirilah kamu kerana Allah dengan khusyuk). Maka kami pun diperintahkan berdiam dan dilarang berbicara.”

    [H.R. Al Jamaah]

    Ibnu Mas’ud berkata:

    “Adalah kami(sahabat) memberi salam kepada Nabi s.a.w. semasa baginda solat, lalu baginda menjawabnya. Setelah kami kembali dari An najjasyi, kami memberi salam juga kepadanya, maka baginda tidak menjawab kami lagi. Kerana itu,kami berkata: Kami dahulu memberi salam kepada tuan dalam solat lalu tuan menjawabnya. Maka, Nabi pun menjawab: Di dalam solat kita mempunyai tugas-tugas tertentu.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Muawiyah ibn Al Hakam ra. berkata:

    “Semasa saya sedang bersolat berserta Rasulullah s.a.w. tiba-tiba seorang lelaki dari jamaah bersin, maka aku pun mengucapkan: yarhamukallah, kerana itu para jamaahmendelikkan matanya kepadaku. Aku berkata: Aduhai nasibku, mengapa kamu melihat kepadaku? Mereka memukul paha mereka dengan tangan-tangan mereka. Maka aku berasa mereka menyuruh aku berdiam, aku pun ingin bertanya, tetapi tidak jadi dan aku pun berdiam diri. Setelah Rasullullah selesai solat, maka demi ayahku dan ibuku, aku belum pernah melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik mengajar daripada baginda. Demi Allah swt., baginda tidak mengherdik aku dan tidak pula membentak. Beliau berkata: solat ini tidak patut ada pembicaraan manusia. Ucapan-ucapan di dalamnya hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran.

    [H.R. Ahmad,Muslim dan An-Nasa’i]

    Abu Hurairah r.a. berkata:

    “Rasulullah mengerjakan solat Zohor atau asar bersama-sama kami, lalu baginda bersalam. Maka Dzulyadain berkata kepada Nabi: Apakah solat sudah dipendekkan atau tuan lupa,ya Rasulullah?Baginda menjawab:Tidak di qasar dan saya tidak lupa. Menjawab Dzulyadain:Tuan telah lupa,ya Rasulullah.Maka Nabi bertanya: Apakah benar apa yang dikatakan Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Kemudian,nabi bersolat dua rakaat lagi dan Nabi bersujud dua kali.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Posted in Larangan | Di tag: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Peringatan Mengenai Solat/Sembahyang

    Posted by admin di 29 Mac 2008

    Peringatan Mengenai Solat

    Peringatan tentang solat

    “…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”

    [surah Thahaa:14]

    “…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

    [Surah An-Nisa’}

    Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu’adz:

    “Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”

    [Surah Al-Baqarah:44-46]

    Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:

    “Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, sperempat, sepertiga atau seperduanya.”

    [H.R. Abu Daud]

    “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah.”

    [Surah Al-Jin:18]

    Ibnu Mas’ud berkata:

    “Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan azan di dalamnya.”

    [H.R. Muslim dan Abu Daud]

    Rasulullah saw bersabda:

    “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”

    [H.R. Muslim]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”

    [H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

    Rasulullah s.a.w. besabda:

    “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “Apakah yang memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”

    [surah Al-Mudatsir:42-47]

    (Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”

    [H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

    “(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”

    [H.R. Muslim]

    Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.”

    [H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]

    Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal(tertolak).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    “….. dan apabila mereka(munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….”

    [Surah An-Nisa’:142]

    Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.”

    [Surah Al-Maa’un:4-5]

    Abdullah bin Mas’ud berkata:

    Sesungguhnya aku mengamati(masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.”

    [H.R. Muslim]

    Posted in Peringatan | Di tag: , , , , , , , , | Leave a Comment »

    Faedah/fadilat solat/sembahyang

    Posted by admin di 26 Mac 2008

    Faedah/fadilat solat/sembahyang

    “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta-minta), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba mereka, maka sesunggunya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itu(kekal) di syurga lagi dimuliakan.”

    [surah Al-Makrij:19-35]

    Ketika beberapa sahabat telah meninggal sebelum terjadi perubahan kiblat solat lalu kami(para sahabat) tidak tahu apa yang kami katakan tentang mereka.Kemudian Allah menerunkan al-Baqarah:143

    “… dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu (solatmu)…” [Al-Baqarah:143]

    [H.R. Al Bukhari ]

    …..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”

    [Surah Al-Ankabut:45]

    “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hariakhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut(kepada sesiapa pun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.”

    [Surah At-taubah:18]

    “Seseorang dari Nejd datang kepada Rasulullah s.a.w.,dengan rambut terurai, kami mendengar berisik suaranya, tetapi kami tidak memahaminya, sehingga dia mendekat kepada Rasulullah. Dan,ternyata dia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah menjawab: “Solat lima kali sehari semalam”. Dia bertanya: “Apakah ada kewajipan bagiku selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu ingin mengerjakan (solat) sunat.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Dan puasa Ramadhan.” Orang itu bertanya: “Apakah ada lagi puasa yang wajib bagiku selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu mengerjakan puasa sunah.” Kemudian Rasulullah menerangkan kewajipan zakat. Maka dia bertanya: “apakah ada kewajipan selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak,kecuali jika kamu bersedekah sunah.” Kemudian pergilah orang itu sambil berkata: “Demi Allah saya tidak akan melebihi atau mengurangi dari itu.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh bahagia dia, jika jujur(dalam ucapannya itu).”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    Ma’dan bin Abi Thalhah berkata,”Aku pernah menemui Tsauban, hamba yang dimerdekakan Rasulullah, lalu kutanyakan, ‘Katakanlah kepadaku tentang perbuatan yang dapat kulakukan, yang dengannya Allah dapat memasukkan aku ke syurga?.’ Atau dia bertanya:’Tentang perbuatan yang paling dicintai Allah?’ Kemudian dia(Tsauban) diam. Lalu kutanyakan lagi, dan dia tetap diam. Kutanyakan yang ketiga kalinya, akhirnya dia menjawab, ‘Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal itu. Baginda menjawab, “Hendaknya kamu memperbanyak sujud, kerana tidaklah kamu bersujud sekali sujud kepada Allah, melainkan Allah mengangkat darjatmu dan menghapuskan kesalahanmu”. Ma’dan berkata,”Kemudian aku berjumpa Abu Darda’ dan kutanyakan kpdnya. Dia menjawab seperti jawapan Tsauban kepadaku.”

    [H.R. Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasa’i]

    “Solat lima waktu dan satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.”

    [H.R. Muslim]

    Saad bin Abi Waqash berkata:

    “Pernah ada dua orang bersaudara, lalu salah seorang dari saudara itu meninggal sebelum empat puluh malam dari saudaranya. Semua kebaikan saudara yang pertama itu disebut-sebut dihadapan Rasulullah s.a.w., lalu baginda bersabda: “tidakkah yang lainnya juga Muslim?” Mereka menjawab: “Ya, dan dia juga orang yang tidaklah mengapa.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Kalian tidak mengetahui apa yang dicapai dengan solatnya. Sesungguhnya perumpamaan solatnya itu seperti sungai airnya bersih dan mengalir di depan pintu(rumah) salah seorang dari kamu; dia mandi ke dalam sungai itu setiap hari lima kali, maka tidaklah lagi kamu lihat kotorannya. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui nilai –nilai solatnya.”

    [H.R. Malik, Ahmad dengan sanad yang baik(hasan), An-Nasa’i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya]

    Dari Abu Umamah ra., dia berkata:

    “Ketika Rasulullah s.a.w. berada di masjid duduk bersama kami, tiba-tiba seseorang datang kepadanya lalu lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah melakukan kejahatan, maka hukumlah aku.” Rasulullah diam, dan dia mengulangi kembali pernyataannya. Rasulullah tetap diam tidak menjawab. Sedangkan qamat untuk solat telah diserukan. Maka, ketika Rasulullah s.a.w. (selesai solat) keluar, orang itu mengikutinya dan aku (Abu Umamah) pun mengikutinya dan menunggu jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Bukankah ketika keluar dari rumah, kamu berwuduk dengan baik?” Dia menjawab: “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Kemudian Rasulullah bertanya: “Kemudian kamu solat bersama kami?”. Dia menjawab: “Ya Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. Telah mengampuni dosamu.”

    [H.R. Muslim,Abu Daud dan Al Bukhari dari Anas — hadis ini lafaz Abu Daud]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Barangsipa mengerjakan solat Isyak dengan berjamaah, maka dia seperti bagun tengah malam(solat lail) dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka dia seperti solat malam seluruhnya.”

    [H.R. Muslim]

    “Solat seseorang dengan berjamaah(pahalanya) melebihi solat di rumah atau di pasar dengan dua puluh lima ganda. Ini kerana, apabila dia telah berwuduk dan sempurnakan wuduknya, kemudian keluar menuju Masjid dengan semata-mata untuk solat, maka dia tidak akan melangkah satu langkah melainkan dihapuskan baginya satu kesalahan, kemudian apabila dia solat maka malaikat selalu mendoakannya, selama dia masih berada di tempat solatnya,(dengan mengucapkan), “Ya Allah berilah rahmat kepadanya, dan kasih sayangilah dia.” Dan kamu selalu dalam solat selama menanti solat.”

    [H.R. Al Bukhari-Muslim]

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang beriman.”

    [H.R. Malik]

    “Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.”

    [H.R. Muslim]

    Dari Anas ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Di antara duniamu yang dijadikan kecintaanku adalah wewangian dan wanita, dan telah dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.”

    [H.R. Ahmad,An-Nasa’i,Hakim dan Al Baihaqi-hadis sahih]

    Posted in Faedah | Di tag: , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »