Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Masalah-masalah solat: Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap

    Posted by admin di 8 April 2008

    Masalah-masalah solat

    Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap

    “Seutama solat iaitu panjangnya qunut(lama berdiri)”

    [H.R. Muslim dan lain-lain.]

    1. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas ra.:

    “Rasulullah terus-menerus berqunut dalam solat subuh sampai baginda wafat.”

    [H.R. Ahmad,Baihaqi,Daruquthni,hakim,abdul Razak dan Abu Nuaim-daif/lemah]

    1. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dalam sanad hadis ada Abu Ja’far Ar-Razi atau nama sebenarnya Isa bin Abi Isa.Hadis daripadanya dilemahkan oleh ahli-ahli hadis seperti Imam Ahmad,An-Nasa’i,Abu Zur’ah,Al-Fallas,Ibnul Madini,Ibnu Hibban,Ibnu Taimiah dan Ibnul Qayyim kerana hafalannya tidak kuat.

    2. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Ibnu Sirin:

    Pernah orang bertanya kepada Anas ibn Malik ra.,katanya: “Apakah Nabi pernahmberqunut di solat Subuh?” Anas ra. menjawab: “Pernah.” Seseorang bertanya: “Sebelum rukuk atau sesudahnya?” Anas ra. menjawab: “Sesudah rukuk.”

    [H.R. Al-Jamaah kecuali At-Tirmidzi]

    2. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Qunut yang ditanyakan adalah qunut nazilah sebagaimana tegas diterangkan oleh Al Bukhari dan Muslim.

    3. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Ashim bin Sulaiman berkata: “Kami pernah bertanya kepada Anas bin Malik:

    “Sesungguhnya orang- menyangka bahwa Nabi s.a.w. sentiasa qunut dalam solat subuh.”

    Jawab Anas bin Malik: “Mereka dusta!!Baginda hanya qunut sebulan mendoakan kecelakaan atas satu kabilah dari kabilah kaum musyrikin.”

    [H.R. Al-Khatib-sahih]

    4. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas,katanya:

    “Bahwasanya Nabi s.a.w tidak pernah qunut kecuali apabila baginda mendoakan kebaikan bagi satu kaum(muslimin untuk kemenangan perang) atau mendokan kecelakaan bagi kaum(kafir sebagai kebinasaan).”

    [H.R. Ibnu Khuzaimah-sahih]

    Inilah qunut nazilah.

    5. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata: Rasulullah pernah berqunut sebulan lamanya berturut-turut dalam solat zohor,asar,maghrib,isyak dan subuh. Di akhir setiap solat selepas mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah’ di rakaat akhir, baginda mendoakan kecelakaan atas mereka,iaitu satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il,Zakwaan dan ‘Ushaiyah sedangkan makmum yang di belakang baginda mengucapkan amin.”

    [H.R. Abu Daud-sahih]

    6. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Said bin Thariq Al-Asyja’i,dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada bapaku (Thariq bin Asyim): “Wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah s.a.w.,Abu Bakar,Umar,Usman dan ali,apakah mereka itu mengerjakan qunut subuh(qunut terus-menerus)?” Jawab bapaku: “Hai anakku! Itu (qunut terus-menerus) adalah perbuatan bidaah!”

    [H.R. Ahmad,At-Tirmidzi,An-Nasa’i dan Ibnu Majah-sahih]

    7. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Dari Anas, dia berkata: “Bahwasanya Nabi s.a.w. qunut sebulan lamanya ketika ahli-ahli Quran dibunuh. Maka,aku tidak pernah melihat baginda merasa berdukacita lebih dalam dari itu. Baginda mendoakan kecelakaan atas beberapa kabilah dari kabilah-kabilah bangsa Arab, kemudian baginda meninggalkannya.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim-sahih]

    8. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap

    Kata imam Syafi’e:

    Apabila kamu dapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w.,maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah lalu tinggalkanlah perkataanku.

    Apabila kamu telah mendapati satu sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. yang menyalahi perkataanku,maka sesungguhnya aku berkata dengannya.

    Apabila telah sah hadis menyalahi perkataanku,maka lemparkanlah perkataanku ke belakang dinding dan kerjakanlah olehmu dengan hadis yang kukuh-kuat.

    Tiap-tiap hadis dari Nabi s.a.w,maka dia perkataanku walaupun kamu tidak mendengarnya dariku.

    Apabila telah sah hadis,maka itulah mazhabku.

    Apabila telah sah khabar yang menyalahi perkataanku,maka hendaklah kamu mengikut khabar itu dan ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya itulah mazhabku.

    Imam ar-Rabi’ berkata: aku mendengar Imam asy-Syafi’e berkata:

    Tiap-tiap masalah yang pernah kubicarakan, padahal sah kabar(hadis) tentang masalah itu dari Nabi s.a.w di sisi ahli riwayat dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali kepadanya sama ada di kala aku masih hidup mahupun sesudah aku mati.

    7 Respons to “Masalah-masalah solat: Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap”

    1. yazid said

      aku setuju dengan artikel itu..bahwa qunut subuh adalah bidah…

    2. malay guy said

      Apa-apa pun aku tetap berqunut waktu subuh. Time itu terasa khusyu dan amat bertumpu kerana meminta sesuatu yang besar dari Allah. Tetapi aku tiada masalah untuk berimamkan mereka yang bermazhab tidak berqunut Subuh, pun aku rasa gembira kerana dapat khusyu berimamkan mereka.

      Pokok pangkalnya ialah kalau sesuatu amalan itu menambahkan khusyu dan takut kepada Allah, teruskanlah. Yang penting masa kita sembahyang, kita ikhlas, Tak guna kita tak berqunut tetapi sembahyang kita sembahyang yang cincai dan hanya berbangga-bangga kerana tidak berqunut.

      Begitu juga dengan sujud sahwi kalau tak baca Qunut, kalau rasa terganggu kerana sujud itu, tak payah la buat. tetapi jika sembahyang terganggu kerana tidak bersujud sahwi kerana tidak berqunut dan menyebabkan jiwa tak tenteram, teruskanlah.

      Yang penting jika benar kita ikhlas dalam ketakwaan kita, nanti Allah sendiri akan bimbing kita – baik untuk terus berqunut atau untuk kita tinggalkan terus. Sama ada kita hendak buat atau tak nak buat, yang penting tawakkal la kepada Allah. Bagi saya, orang berqunut pun saya hormat, orang tak berqunut pun saya hormat. Tidak keberatan untuk mengikut mereka jika jadi Imam.

      Wallahu a’lam

      • aji hermana said

        Pada akhirnya saya boleh berkesimpulan bahwa yang benar datang dari Allah SWT dan yang salah adalah dari manusia, kecuali manusia yang satu iaitu Rasulullah SAW sebagai panutan umat, maka dari itu dalam konteks saat ini saya yakin daripada kita berpecah belah karenanya lebih baik kita bersatu dan terus mempererat tali silaturahmi tanpa membesar besarkan perbedaan, Allah Maha Tahu apa2 yang ada dalam hati mereka. MAKA SIAPA YANG TIDAK BENAR, DALAM MEMBACA QUNUT ATAU TIDAK MEMBACANYA?, YANG TIDAK BENAR ADALAH YANG TIDAK PERNAH SHOLAT!

    3. malay guy said

      Jika saya jadi Imam, saya akan tanya jemaah yang bagaimana mengikut saya…
      Yang paling saya benci ialah orang yang berani kata Imam Masjidil haram dan Masjidil Nabawi sesat kerana berfahaman Wahabi , dan saya juga benci pendokong Wahabi yang menyatakan Hassan Al Banna sesat kerana mengikut tarikat Syazili. Kita bukan Tuhan nak menuduh ulama-ulama dahulu sesat. Wallahu a’lam

    4. alif said

      ya akhi intinya sarat ibadaah itu ada dua seperti yang di jelaskan oleh para ulama yaitu : ikhlas dan mengikuti rosul. jika salah satu dari kedu tersebut hilang maka hilanglah kesempurnaan amalan kita.

    5. alif said

      siapa itu wahabi?
      saya ingin penejasan yang benar yang tidak di dasari dengan rasa kebencian.
      jika mata sudah memandang dengan mata kebencian maka sesutu yang indah akan menjadi buruk pula.
      janganlah rasa benci membuatmu untuk tida berlaku adil

      sila rujuk di sini: http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=820.html

    6. khatijah bohari said

      salam semua walau d mana kita berada kita takkan terlapas dari berjumpa para jemaah solat yg pelbagai ragam,apa salah nya kita berimamkan shafie@ wahabi,spt d masjidil haram @d masjid nabawi ,kita sesama islam berpegang pd quran dan hadis jika terdapat sedikit perbezaan ketepikanlah..kecualilah kita melihat dgn jelas sesuatu perbuatan yg boleh menyesatkan kita[syirik]…shafie dan wahabi bukan aliran yg sesat…

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: