Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Rukun Solat

    Rukun-rukun solat

    1.Niat

    Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”

    [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

    2.Berdiri dalam solat fardu

    Allah swt. Berfirman yang bermaksud:

    “Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”

    [Surah Al Baqarah-ayat 238]

    Imran ibn Husain ra berkata:

    “Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”

    [H.R. Al Bukhari]

    3.Menghadap kiblat

    4.Takbiratul ihram

    Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

    [H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

    Dari Abu Humaid ra.,

    “Adalah Nabi s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”

    [H.R. Ibnu Majah , disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

    5.Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)

    Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”

    [H.R. Al Jamaah]

    Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:

    “Bahwasanya Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata: Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”

    [H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]

    6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)

    7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)

    8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)

    9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya

    10.Salam

    Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

    [H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

    11.Tertib

    9 Respons to “Rukun Solat”

    1. gie said

      assalammualaikum….

      saya nk bertanya…..adakah doa qunut di lakukan selepas rukuk atau sebelum rukuk?Harap dapat di jawab soalan yang bermain di minda saya..terima kasih

      • mohd iqmal b. zainal said

        assalammualaikum gie…
        buat pengetahuan gie bacaan doa qunut mestilah dilakukan selepas rukuk iaitu selepas iktidal dari rakaat kedua.

    2. Nor said

      Betul ke pada pendapat setengah2 org, jika belajar melalui pembacaan (tanpa bimbingan guru)..itu maknanyer belajar melalui syaitan. Ini saya dgr dari pendapat kawan2 saya sendiri yg mana saya merasa ragu2 terhadapnya. Terimakasih.

      tak semestinya kenyataan itu betul, surah yg pertama sekali Allah turunkan adalah suruh kita membaca, bukannya suruh kita mencari guru… kalau ada guru lebih baik jika ingin kepastian..

    3. zainuddin said

      saya ingin tahu macam mane ingin solat dengan khusyuk???\

      fahami maknanya dgn ikhlas

    4. Bukhari said

      Assalamualaikum… kat ats tu ada 11 rukun je.. sepatut ada 13… mana selawat dengan duduk diantara 2 sujud…

      JAWAPAN:

      BACAAN SELAWAT

      Mengikut mazhab Syafie, selawat adalah wajib yang merupakan ruku. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan ulama’ mengatakan bahawa selawat keatas Nabi saw didalam solat adalah mustahab (digalakkan) dan bukannya wajib. Ini merupakan pandangan dari Mazhab Maliki dan Ahli Madinah, Abu Hanifah dan ahli Kufah, ahli Ra’yi dan Ahmad didalam salah satu dari 2 riwayatnya.
      [Dr Muhammad Naim Haani Saa'i, Mausu'ah masaail al-Jumhur fi al-Fiqh al-Islamiyah, Dar al-islam, 2005, 1/181].

      1- bacaan salawat pada Tahiyyat Awal

      khilaf antara Fuqaha’, menurut mazhab Syafie ianya Sunat, manakala menurut mazgab lainnnya dan majoriti ulama salaf bacaan salawat dlm tahiyyat awal adalah TIDAK SUNAT. pendapat yg rajih (kuat) adalah pendapat yg ke-2 iaitu Tidak Sunat, ini adalah kerana:

      – Dalam hadis Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud tentang Nabi mengajar mereka bacaan tahiyyat, tidak disebutkan selawat ke atas Nabi. Jika ia suatu yang sunat, sudah pasti diajar oleh baginda.

      – Selawat ke atas Nabi adalah satu bentuk doa, dan di sunatkan doa pada tahiyyat akhir sahaja. Adapun hadis yang mengatakan baginda berdoa pada tahiyyat awal, ia tidak sabit dan Dhaif di sisi muhaddithin salaf.

      2- bacaan salawat dalam Tahiyyat Akhir

      hal ini juga khilaf dikalangan Fuqaha’, menurut Mazhab Syafie: wajib. Manakala mazhab lain dan majoriti ulama salaf mengatakan: Sunat, tidak Wajib. Dan pendapat yg rajih (kuat) ialah pendapat ke-2, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan selawat dalam tahiyyat akhir.

      berkenaan hadis sahih Bukhari daripada Abu Humaid al-Sa’idi bahawa para sahabat bertanya Nabi SAW: “Bagaimana kami berselawat ke atas kamu?” Lalu baginda menjawab: “sebutlah dgn bacaan: Allahumma Solli Ala Muhammad……”, ia tidak menunjukkan kewajipan selawat dalam solat. Kerana ia diajar selepas disoal oleh sahabat, dan sekaligus ini menunjukkan hukumnya sunat.

      DUDUK ANTARA DUA SUJUD

      Duduk di antara dua sujud adalah salah satu sunat-sunnat solat bukan rukun atau kewajipan dalam solat. Meninggalkan duduk di antara dua sujud tidak membatalkan solat dan tidak mewajibkan sujud sahwi (sujud kerana kelupaan).
      (Rujukan: Prof Dr Abdul Karim Zaidan, al Mufassal, jld 1, ms 337)

      KESIMPULAN: Rukun 13 tidak disebut dengan nombor di dalam nas atau dalil hadis secara terperinci.

    5. Ibn Alias said

      Assalamualaakum. jika kita was-was semasa mengerjakan solat berjemaah bersama imam, seperti terlupa sama ada telah baca surah al-fatihah atau belum. Apa yg perlu saya lakukan? adakah saya perlu melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam?

      wsalam… ikut imam tak ada masalah terlupa sebab imam sudah sempurnakan untuk makmum sekali… wallahua’lam..

    6. aiman said

      salam. nenek saya 83 thun.kini terbaring di atas katil.akibat jatoh. dr kata bahagian tulang belakang ada retak .jadi bagai mane hendak solat.dan perlukah pempasnya ditukarkan setiap kali solat.

    7. ujangn9 said

      salam..

      saya nak mintak pandangan yang mana satu betul dalam rukun solat pertama niat dulu atau berdiri tegak bagi yang mampu danrukun solat yang kesembilan membaca tahiyyat akhir atau duduk tahiyyat akhir dulu.harap ada hamba Allah yang mampu beri pandangan.terima kasih

    8. siti said

      tolong nyatakan surah qunut

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

     
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 35 other followers

    %d bloggers like this: