Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Cara solat terawih untuk yang sibuk

    DIkirim oleh pro-tajdid di 25 Ogos 2009

    Sebelum itu, fahami hadis di bawah:

    Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa: Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai, maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”

    [H.R. An-Nasa'i]

    Kesimpulan:

    Solat dengan imam: terawih (8 rakaat) + witir (3 rakaat) = 11 rakaat = solat sepanjang malam

    atau

    Solat dengan imam: terawih (20 rakaat)  + witir (3 rakaat) = 23 rakaat = solat sepanjang malam

    Bagaimana solat 6 rakaat dan dapat pahala seperti solat sepanjang malam?

    “Barangsiapa mengerjakan solat Isyak (4 rakaat) dengan berjamaah, maka dia seperti berdiri (solat)  setengah malam dan barangsiapa solat Subuh (2 rakaat) dan Isyak (4 rakaat) dengan berjemaah, maka dia seperti berdiri (solat) sepanjang malam.”

    [H.R. At-Tirmidzi]

    Kesimpulan:

    Solat dengan imam: Isyak (4 rakaat) + Subuh (2 rakaat) = 6 rakaat = solat sepanjang malam

    P.S.: Cara ini untuk yang sibuk kerana tidak sempat solat terawih berjamaah, hadis yang diberikan sebagai galakkan untuk rajin solat berjamaah, sebaiknya carilah masa untuk solat atau sembahyang terawih/malam.

    Mengerjakan Solat Tarawih Menurut Sunnah

    Solat Terawih/tarawih/tarawikh

    Muat Turun ebuku Cara solat Tarawih dan witir Nabi s.a.w.

    3 Respons kepada “Cara solat terawih untuk yang sibuk”

    1. [...] Cara solat terawih untuk yang sibuk [...]

    2. antiidiotso berkata

      how about..org tu mau solat terawih..tp mesti ada halangan mau g..like ada assignment y perlu anta mlm tu jugak..

      • pro-tajdid berkata

        Assalamualaikum. Kalau sibuk, cari masa yang sesuai dari selepas isyak hingga sebelum subuh. Kalau tidak, tangguh dulu dan tunggu malam lailatul qadar.
        “Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya

    Tinggalkan jawapan

    XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>