Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.

Solat Cara Nabi s.a.w.

  • Arkib

  • Langgan email

  • Sujud sahwi

    Posted by admin di 26 Ogos 2008

    Sujud sahwi kerana Penambahan

    “Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahwa Nabi s.a.w. solat Zohor lima rakaat, kemudian baginda ditanya, ‘Apakah solat Zohor ditambah rakaatnya?’, Baginda balik bertanya, ‘Apa itu?’ Para sahabat menjelaskan, ‘Anda solat lima rakaat.’ Kemudian baginda pun sujud dua kali setelah salam. Dalam riwayat lain disebutkan, beliau melipat kedua kakinya dan menghadap kiblat kemudian sujud dua kali, kemudian salam.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud Sahwi Karena Kekurangan

    “Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Nabi s.a.w.solat Zohor atau Asar bersama para sahabat. Baginda salam setelah solat dua rakaat, kemudian orang-orang yang bergegas keluar dari pintu masjid berkata, ‘Solat telah diqasar (dikurangi)?’ Nabi pun berdiri untuk bersandar pada sebuah kayu, sepertinya baginda marah. Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan bertanya kepadanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah anda lupa atau memang solat telah diqasar?.’ Nabi berkata, ‘Aku tidak lupa dan solat pun tidak diqasar.’ Laki-laki itu kembali berkata, ‘Kalau begitu anda memang lupa wahai Rasulullah.’ Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat, ‘Benarkah apa yang dikatakannya?’. Mereka pun mengatakan, ‘Benar.’ Maka majulah Nabi s.a.w., selanjutnya baginda solat untuk melengkapi kekurangan tadi, kemudian salam, lalu sujud dua kali, dan salam lagi.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abdullah bin Buhainah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w.solat Zohor bersama mereka, beliau langsung berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk. Para jama’ah pun tetap mengikuti beliau sampai beliau selesai menyempurnakan solat, orang-orang pun menunggu salam beliau, akan tetapi beliau malah bertakbir padahal baginda dalam keadaan duduk (tasyahhud akhir), kemudian beliau sujud dua kali sebelum salam, lalu salam.” [H.R. Bukhari dan Muslim]

    Sujud sahwi kerana ragu-ragu

    “Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang dari kamu ada yang ragu-ragu dalam solatnya, maka hendaklah lebih memilih kepada yang paling mendekati kebenaran, kemudian menyempurnakan solatnya, lalu melakukan salam, selanjutnya sujud dua kali‘.”

    [H.R. Bukhari dan Muslim]

    “Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu ragu-ragu dalam solatnya, dia tidak tahu berapa rakaat yang sudah dia lakukan, tigakah atau empat? Maka hendaknya dia meninggalkan keraguan itu dan mengambil apa yang dia yakini, kemudian dia sujud dua kali sebelum salam. Jika dia telah solat lima rakaat, maka hal itu menggenapkan pelaksanaan solatnya, dan jika dia solat sempurna empat rakaat, maka hal itu merupakan penghinaan (pengecewaan) terhadap syaitan’.” [HR. Muslim]

    About these ads

    8 Respons to “Sujud sahwi”

    1. hurr riyahi berkata

      Saya macam takleh terimalah nabi boleh terlupa sampai kena sujud sahwi…takkanlah nabi yang maksum yang sentiasa dijaga Allah boleh terlupa. Bukankah kalau nabi nak mengajar manusia untuk membetulkan solat kalau terlupa cukup dengan menerangkannya dengan sabdaan baginda? takkan samapi nak tunjuk buat salah pastu betulkan dengan alasan ajar manusia…takleh terimalah akal.

      • mozh berkata

        ‘memang bukan semua dpt diterima akal..Hurr anda masih dlm bruduk dlm masa yg sama anda mmbuang air kecil.. sudah tentu uduk anda trbatal…dan anda bruduk semula..tp kenapa anda tidak cuma mmbasuh kemaluan anda sahaja ? bukankah anda cuma buang air kecil dan mmbasuh kemaluan itu sudah memadai..tp kenapa anda mengulangi bruduk semula? bukankh ini juga tidak dapat diterima akal,

      • qaseh berkata

        walaupun Rasulullah memang bersifat maksum,harus diingat bahawa baginda juga merupakan seorang manusia yang diciptakan Allah.jadi,kebarangkalian untuk baginda terlupa adalah tidak mustahil jika Allah mengkehendakkannya.kemungkinan juga,Allah ingin memberi petunjuk bahawasanya manusia memang bersifat pelupa dan ingin menyampaikan wahyu kepada baginda dengan cara itu.perlu diingat juga bahawa Rasulullah bersabda atas wahyu yang disampaikan dan bukannya secara suka-suka ingin mengeluarkan sabda.harap maaf jika jawapan ini tidak dapat diterima oleh saudara/saudari..ini cuma pandangan seorang hamba yang berfikir secara logik akal.segala yang baik itu datangnya dari Allah dan kelemahan itu pula datangnya dari dalam diri saya sendiri.sama-samalah kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

      • permata berkata

        jahil betul kamu ni….maksum bermaksud terpelihara daripada melakukan dosa….sblm nk tulis ape2, fikir dulu..terlalu terlihat kejahilan…mesti sekolah x tinggi ni…fikir2lah kenapa nabi dan rasul di pilih dikalangan manusia…itu pun klu panjang akal..byk2kan baca buku ilmiah…soalan lebih ngek dr budak yg belum bersekolah..

      • Muhammad berkata

        ini menunjukkan rasulullah adalah manusia biasa seperti kita dan baginda pesuruh allah.. HIKMAHNYA kejadian tersebut adalah untuk kita jua. sbab jika tiada kejadian tersebut maka kita tidak tahu bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan itu. maka cara rasullah lah petujuk kita, itulah cara untuk allah memberitahu pd kita.

    2. remmy berkata

      tolong jelaskan dengan lengakap cara2 sujud sahwi.Saya masih ragu2 dan kurang faham.

    3. permata_hati91 berkata

      salam
      saya nak tanye tenteng smbahyang sunat sbelum maghrib..
      apakah hukum nye?

    4. anisah berkata

      salam
      ada beberapa perkara kena ingat..nabi juga manusia macam kita..lupa adalah sifat manusia. yang kedua, mungkin sengaja Allah jadikan nabi lupa, untuk mengajar sujud sahwi kepada kita.
      sebagaimana solat sunat tarawih..sebelum di tetapkan hukumnya sunat…

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

     
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 31 other followers

    %d bloggers like this: