Masalah & Bidaah: Berzikir dengan suara keras dilarang
DIkirim oleh pro-tajdid di 13 April 2008
Berzikir dengan suara keras dilarang
Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.
[Surah Al-A’raf:55 dan 205]
Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.
[H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]
Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .
[H.R. Abu Daud dan Ahmad]
*Orang yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama makmum masbuk yang menyempurnakan solat.
Ibnu Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak sama seperti al-Quran dan sunnah).
-zikir dianjurkan,cuma cara mengerjakan tidak betul.
Imam As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing meyembunyikan bacaan.(Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)


malay guy berkata
Yang ini memang saya setuju sangat. Dalam Quran sebut dengan jelas, berzikir dengan nada lembut dan perlahan-lahan. Tidak mengeraskan dan tak zikir guna suara soprano. Yang penting ungkapan itu disebut berulang-ulang semata-mata untuk meresap dalam hati. Apa yang meresap … rasa takut pada Allah dan kagum kepada kebesaranNya melalui ungkapan kalimah itu. Serta sebagai ungkapan terima kasih kepadaNya. Macam kita terima kasih kepada orang yang berbudi pada kita ketika kita kesusahan, berulang-ulang kita ucap terima kasih dan amat merasai kegembiraan di hati dengan ucapan terima kasih itu. Tentu kita tidak terjerit-jerit dan mengeraskan suara mengucapkan terima kasih. Sudah tentu lembut nadanya dan dalam kemesraannya.
Apatah lagi zikrullah … menyebut dengan penuh rasa syukur dan takjub kepada kekuasaanNYa. Wallahu a’lam…